Buletin

LEXUS IS200t GUNA ENJIN TURBO

Model saloon Lexus IS bakal menggunakan enjin berkuasa turbo buat pertama kali menerusi pengenalan varian IS 200t. IS menjadi model ketiga selepas crossover NX 200t dan SUV RX 200t yang akan dilancarkan tidak lama lagi.

Lexus-IS-200t-mekanika (2)

Enjin turbo bersesaran 2.0 liter itu berupaya menghasilkan kuasa mencecah 241 bhp dan tork maksimum 350Nm. Ia kemudian dipadankan dengan kotak gear automatik lapan kelajuan Sport Direct Shift yang pada asalnya dibangunkan untuk model coupe berprestasi tinggi, RC F.

Gabungan rangkaian kuasa tersebut membolehkan jentera berpacuan roda belakang ini memecut dari 0 hingga 100km/j dalam masa tujuh saat sahaja. Manakala penggunaan bahan api adalah sekitar 17.7 kilometer bagi setiap liter petrol.

Lexus-IS-200t-mekanika (5)

Teknologi baharu pada enjin turbo ini menjanjikan maklum balas pendikit yang pantas, tujahan kuasa tork secara serta-merta, minimum turbo lag dan lebih menjimatkan. Sebagai contoh, sistem pancitan bahan api D-4ST, kepala silinder dengan sistem penyejukan cecair, manifold ekzos bersepadu dan twin-scroll turbo.

Enjin turbo itu cukup ringan, hanya 160kg. Ia telah menjalani ujian selama lebih 10,000 jam yang melibatkan jarak sejuta kilometer.

Lexus IS 200t akan mula dipasarkan ke pasaran Eropah mulai September depan.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button