Buletin

MARUTI SUZUKI VITARA BREZZA

Selepas pelbagai spekulasi, imej teaser dan beberapa keping gambar spyshot, Maruti Suzuki India rasmi memperkenalkan Vitara Brezza. Kehadiran Vitara Brezza mungkin salah satu kereta yang paling penting bagi Maruti Suzuki tahun ini.

maruti-suzuki-vitara-brezza-mekanika (3)

Walaupun agak lewat menyertai barisan SUV kompak, Maruti meletakkan harapan yang tinggi pada Vitara Brezza.

Justeru, reka bentuk menjadi salah satu faktor yang paling penting bagi pembeli dalam kelas ini. Dalam konteks itu, Maruti Suzuki seolah-olah berada di landasan yang betul. Bonet yang panjang mengalir lancar ke arah gril krom. Satu penegasan kepada falsafah reka bentuk baharu.

maruti-suzuki-vitara-brezza-mekanika (1)

Penggunaan lampu jenis projektor memberikan tahap penglihatan di tahap terbaik. Bagi memastikan sentuhan lebih muda, Maruti Suzuki memilih pendekatan kemasan dua tona warna. Ia bergantung kepada warna badan yang dipilih oleh pembeli. Kerana bahagian bumbung menerima warna berbeza.

Rekaan bumbung terapung bersama rim aloi 10 jejari  menyerlahkan imej Vitara Brezza. Berbanding profil ringkas. Dari belakang juga, Vitara Brezza tampil pintar seperti mana hadapannya.

maruti-suzuki-vitara-brezza-mekanika (1)

Lilitan lampu belakang dan garisan krom yang besar di atas ruang nombor pendaftaran membuatkan ia kelihatan menarik.

Pada bahagian kabin, stereng dan kluster instrumen adalah mirip kereta Maruti Suzuki seperti Baleno.  Papan pemuka mendapat kemasan dua warna dan  diperbuat daripada plastik berkualiti.

maruti-suzuki-vitara-brezza-mekanika (2)

Sokongan kerusi juga dilihat selesa. Sementara bahagian belakang cukup menampung tiga penumpang dewasa dengan selesa.

Selain itu, Vitara Brezza tidak lokek dengan ciri-ciri teknologi. Versi teratas menerima butang kawalan pada stereng, butang penghidup enjin dan keyless entry. Model SUV itu juga menerima sistem hiburan skrin sentuh yang diperkenalkan pada S-Cross.

maruti-suzuki-vitara-brezza-mekanika (2)

Malah, Vitara Brezza turut dilengkapi ciri Apple Car Play. Sambungan  Bluetooth, AUX dan USB adalah standard.

Maruti Suzuki akan melancarkan Vitara Brezza dengan enjin DDiS 200. Ia menghasilkan kuasa 90PS dan tork 200Nm daripada sumber enjin Fiat 1.3 liter diesel.

maruti-suzuki-vitara-brezza-mekanika (4)

Enjin dipadankan dengan transmisi manual 5-kelajuan. Walaupun Maruti Suzuki masih belum mengumumkan perincian lebih, tetapi kemungkinan  Vitara Brezza turut menawarkan enjin diesel 1.6 liter dari S-Cross.

Model  Vitara Brezza bakal dilancarkan pertengahan tahun ini. Sekali gus bersaing dengan Ford EcoSport dan Mahindra TUV300 di pasaran India.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button