Buletin

MAZDA CX-9 GUNA ENJIN TURBO!

Mazda mendedahkan enjin dan model baharu pada acara Los Angeles Auto Show pada hari ini.

Mazda-CX-9-turbo-mekanika (1)

SKYACTIV-G 2.5T merupakan enjin dengan sistem pengecas turbo pertama dalam keluarga enjin SKYACTIV-G petrol. Ia diperkenalkan pada Mazda CX-9 serba baharu yang dijangka mula dijual di pasaran Amerika utara pada musim bunga tahun depan.

SKYACTIV-G 2.5T kini menjadi enjin paling berkuasa Mazda. Ia mampu menjana kuasa 250PS dan tork 450Nm untuk versi yang dijual di AS. Dibina berdasarkan kepada enjin aspirasi biasa SKYACTIV-G 2.5 yang ada pada Mazda CX-5 dan Mazda6, enjin turbo dengan sistem pancitan bahan api itu menawarkan pecutan yang lebih berkuasa dan linear. Terutama pada julat rpm rendah dan sederhana untuk memberikan kuasa yang responsif.

Mazda-CX-9-turbo-mekanika (5)

Mazda juga menyatakan bahawa ia telah menangani masalah turbo lag yang biasa dialami oleh enjin turbo. Enjin ini juga dikatakan lebih jimat.

Antara ciri penting enjin ini ialah Dynamic Pressure Turbo, pengecas turbo pertama di dunia yang memaksimumkan prestasi turbin dengan mempelbagaikan tahap denyutan ekzos berdasarkan kepada kelajuan enjin.

Mazda-CX-9-turbo-mekanika (3)

Sementara sistem kitaran semula gas ekzos (EGR) yang telah disejukkan pula membolehkan enjin mengekalkan nisbah udara-bahan api yang ideal.

Mazda-CX-9-turbo-mekanika (6)

Kembali kepada Mazda CX-9, SUV ini menjanjikan ruang kabin yang mewah dan selesa untuk tujuh orang penumpang.  Jentera ini juga hadir bersama sistem keselamatan i-ACTIVSENSE dan sistem pacuan semua roda pintar, i-ACTIV AWD

Google ads
Back to top button