Artikel PilihanBuletin

MAZDA & FORD AKHIRI KERJASAMA MODAL

Mazda Motor Corp dan Ford Motor Co. akhirnya menamatkan kerjasama modal selama 36 tahun secara rasmi baru-baru ini.

FPRB_FeelDiff_4C_VtHt_R02

Namun, kedua-dua pengeluar kenderaan itu akan meneruskan kolaborasi untuk menghasilkan sejumlah kenderaan, termasuklah pemilikan bersama kilang mereka iaitu AutoAlliance Thailand.

For dilaporkan telah menjual baki sahamnya sebanyal 2.1 peratus kepada Mazda di antara ulan April hingga September lalu. Pengeluar dari Amerika Syarikat itu dikatakan mula melepaskan pegangan sahamnya sedikit demi sedikit apabila mengalami krisis kewangan pada tahun 2008 yang diburukkan lagi oleh perkembangan ekonomi global yang perlahan.

Biarpun begitu, Mazda dan Ford akan terus bekerjasama untuk menghasilkan trak pikap di Thailand. Di samping kontrak produksi di Taiwan dan Afrika Selatan.

Mazda-Ford-alliance-mekanika (4)

“Kami akan mengekalkan hubungan dalam bidang yang memberi manfaat kepada kedua-dua belah pihak,” jelas Mazda.

Ford mula melabur dalam Mazda pada tahun 1979 apabila pengeluar dari Jepun itu mengalami kerugian. Pada tahun 1996, Ford meningkatkan sahamnya kepada 33.4 peratus. Selain menghantar seorang presiden dan eksekutif-eksekutif ke Mazda.

Kilang AutoAlliance Thailand di Rayong memiliki kapasiti pengeluaran 190,000 unit kenderaan setahun. Dengan 120,000 unit kenderaan penumpang dan baki 70,000 unit ialah trak pikap.

Google ads
Back to top button