Buletin

MAZDA2 KERETA TERBAIK JEPUN

Mazda2 (Mazda Demio di Jepun) semalam dinamakan sebagai kereta terbaik Jepun (Car of the Year Japan, COTY 2014-2015).

Mazda2-COTY-Japan-2014-mekanika (3)

Model kompak itu mengalahkan pesaingnya, Mercedes-Benz C-Class apabila memperoleh sebanyak 423 undian. Dengan kemenangan ini, jentera tersebut menjadi model kedua Mazda yang menerima anugerah berprestij itu dalam tempoh tiga tahun. Untuk COTY Jepun tahun 2012-2013, anugerah sama diberikan kepada SUV Mazda CX-5.

Penampilan Supermini itu diserlahkan oleh bahasa rekaan KODO – Soul of Motion. Dilengkapi teknologi SKYACTIV sepenuhnya, ia merupakan Mazda2 generasi keempat.

Mazda2-COTY-Japan-2014-mekanika (2)

Semua kereta penumpang dengan jangkaan jualan tahunan sekurang-kurangnya 500 unit yang diumum atau dilancarkan di Jepun di antara 1 November 2013 hingga 30 September 2014 layak untuk menyertai anugerah ini.

Mazda2-COTY-Japan-2014-mekanika (1)

“Kami amat berbesar hati dan bersyukur kerana Mazda2 diberi pengiktirafan yang berprestij ini. Dengan anugerah ini, kami pastinya akan lebih bersemangat untuk menghasilkan kereta yang memberi kegembiraan kepada pemilinya.

“Kami berhasrat untuk menjadi satu-satunya jenama yang sentiasa menjadi pilihan pelanggan,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Mazda Motor Corporation, Masamichi Kogai.

Mazda2-COTY-Japan-2014-mekanika (3)

Memandangkan tempahan sudah pun dibuka, Mazda2 bakal ditawarkan kepada pengguna tempatan tidak lama lagi. Berdasarkan kepada brosur yang disediakan, kita akan menerima varian Mazda2 yang dilengkapi enjin bersesaran1.5 liter.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button