Buletin

MERCEDES-AMG GT

Dibangunkan sendiri oleh AMG, pihak Mercedes-AMG baru-baru ini memperkenalkan model penuh kuasanya, Mercedes-AMG GT. 

mercedes-AMG-GT-mekanika (6)

Dengan berat cuma 1,540 kilogram, jentera tersebut dikuasakan oleh unit enjjin binaan tangan biturbo 3,982cc V8. Enjin itu dilengkapi dengan sistem lubrikasi dry sump dan dipadankan bersama kotak gear berkembar tujuh kelajuan automatik.

mercedes-AMG-GT-mekanika (1)

Dua varian dengan tujahan kuasa berbeza ditawarkan iaitu versi GT berkuasa 462h dan 510hp untuk model GT S. Dinilai dari segi prestasinya, GT S mampu memecut dari 0 hingga 100km/j dalam tempoh hanya 3.8 saat dengan kelajuan maksimum 304km/j.

mercedes-AMG-GT-mekanika (4)

Mercedes-AMG GT direka oleh pasukan yang diketuai oleh Naib Presiden Reka Bentuk Daimler AG, Gorden Wagener. Ia merupakan kereta sports dua pintu yang menggabungkan elemen keterujaan dengan ketepatan, keselesaan dan praktikaliti sebuah jentera AMG.

mercedes-AMG-GT-mekanika (2)

Ruang kabinnya menggunakan material berkualiti tinggi seperti kulit Nappa, karbon dan aluminium. Sementara skrin pada konsol tengahnya menampilkan sistem COMAND bersama butang-butang kawalan yang ringkas dan elegan.

mercedes-AMG-GT-mekanika (7)

Ia dijangka berada di pasaran United Kingdom (UK) mulai April 2015. Harganya akan diumumkan pada bulan depan. Tahun lalu, AMG mencatat jualan sebanyak 3,127 unit, peningkatan 40 peratus berbanding tahun 2012.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button