Buletin

MERCEDES-BENZ B-CLASS BAHARU

Jika dilihat pada reka bentuk dan teknologinya, generasi kedua B-Class telah membawakan satu era baru kepada jenama Mercedes-Benz.

mercedes-benz-b-class-mekanika (6)

Sejak diperkenalkan di pasaran Eropah pada tahun 2011, lebih 350,000 unit sport tourer itu berjaya dijual. Kini, jentera tersebut telah melalui proses facelift yang ketara melibatkan aspek luaran dan dalamannya.

Pilihan enjinnya juga lebih meluas. Tiga enjin diesel dan dua enjin petrol yang ekonomikal ditawarkan. Enjin itu kemudian dipadankan bersama sistem pacuan alternatif iaitu B-Class Electric Drive atau pacuan semua roda 4MATIC.

B-Klasse 2014 B-Class 2014

Cara paling mudah untuk mengenal pasti B-Class facelift di antara varian diesel dan petrol ialah pada bahagian hadapannya. Gril radiator B-Class kini hadir dengan dua gril krom dan lampu nyalaan siang (DRL) disepadukan bersama lampu utama. Bampar belakang juga telah diubah agar lebih berkontur dan dipasang dengan satu kemasan krom.

mercedes-benz-b-class-mekanika (15)

Ruang kabin menyerlahkan kemewahan sebuah B-Class. Model facelift ini hadir bersama paparan bersaiz lapan inci serta kedudukan butang kawalan yang lebih ergonomik. Terdapat juga 12 warna ambien untuk membangkitkan mood berbeza ketika memandu.

mercedes-benz-b-class-mekanika (5)

Aspek keselamatan B-Class dipertingkatkan dengan pelbagai ciri seperti COLLISION PREVENTION ASSIST dan ATTENTION ASSIST yang memaparkan tahap perhatian pemanduan.

mercedes-benz-b-class-mekanika (4)

“B-Class ialah sebuah kenderaan keluarga yang sempurna. Ia sesuai untuk mereka yang mementingkan praktikaliti, keselesaan dan pemanduan dinamik,” kata Ahli Lembaga Divisyen Divisional Board Mercedes-Benz Cars yang bertanggungjawab dalam aspek pemasaran dan jualan, Ola Källenius.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button