Buletin

NISSAN MURANO 2015

Nissan hari ini mendedahkan foto Nissan Murano menjelang debut dunia crossover tersebut di New York International Auto Show. 

2015 Nissan Murano

Murano generasi ketiga itu tampil dengan gayaan seperti kereta konsep, ruang dalaman premium serta teknologi yang canggih.

“Para pemilik Murano ialah mereka yang menghargai teknologi. Maka tidak hairanla jika  Murano memiliki faktor ‘Wow!’,” kata Naib Presiden EKsekutif, Ketua Pegawai Perancangan Nissan Motor Co. Ltd., Andy Palmer.

2015 Nissan Murano

Jentera ini juga mengekspresikan hala tuju rekaan Nissan yang baru seperti bahagian hadapan V-motion, lampu belakang boomerang dan bumbung terapung yang unik. Rekaan itu kemudian diserasikan bersama ruang kabin yang hadir dengan reka bentuk panel instrumen lebih rendah, konsol tengah lebar, tempat duduk Zero Gravity yang diinspirasikan daripada NASA dan bumbung panoramik bersaiz besar.

2015 Nissan Murano

Antara teknologi yang ada termasuklah NissanConnectSM yang lengkap dengan aplikasi navigasi dan mobile serta paparan warna bersaiz lapan inci bersama kawalan multi sentuh. Tidak ketinggalan, sistem audio premium Bose dengan 11 unit pembesar suara dan sistem telefon bebas tangan Bluetooth®.

2015 Nissan Murano

Pemanduan responsif Murano disediakan oleh enjin DOHC V6 bersesaran 3.5 liter yang dipadankan dengan transmisi Xtronic. Murano didatangkan dengan pacuan roda hadapan dan pacuan semua roda yang intuitif.

2015 Nissan Murano

Murano sarat dengan sistem keselamatan. Misalnya Moving Object Detection (MOD), Blind Spot Warning (BSW), Predictive Forward Collision Warning (PFCW) dan Forward Emergency Braking. Manakala sistem Cross Traffic Alert (CTA) baharu pula menggunakan radar untuk mengesan kenderaan bergerak yang mendekati Murano dari arah belakang.

2015 P42M

Murano 2015 akan ditawarkan dalam empat varian iaitu S, SV, SL dan Platinum apabila ia menjengah pasaran pada hujung tahun ini.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button