Artikel Pilihan

PEMILIK VOLVO BOLEH BERCAKAP DENGAN KERETA

Selepas lebih 33 tahun program televisyen Amerika Syarikat Knight Rider menunjukkan pelakon David Hasselhoff bercakap dengan keretanya KITT, Volvo dan Microsoft kini melancarkan satu sistem kawalan suara yang hampir sama.  

Volvo Microsoft Band 2

Dengan sistem ini, pemilik kenderaan Volvo boleh bercakap dengan kereta mereka menggunakan Microsoft Band 2.

Mereka boleh mengarahkan kereta untuk melakukan beberapa tugasan seperti menetapkan navigasi, menghidupkan pendingin hawa, mengunci pintu, menyalakan lampu atau membunyikan hon. Semua ini dilakukan menerusi aplikasi  Volvo on Call yang disambungkan dengan peranti boleh dipakai.

Volvo-Microsoft-Band-2-mekanika (2)

Pada November 2015, Volvo dan Microsoft mengumumkan kolaborasi dengan aplikasi automotif pertama iaitu teknologi HoloLens. HoloLens merupakan komputer holografik tidak ditambat (untethered) yang boleh digunakan oleh pengguna untuk meneroka atau membeli kereta pada masa depan.

“Volvo mahu menjadikan pengalaman mengendalikan kereta semakin mudah dengan menggunakan teknologi terkini. Ciri kawalan suara adalah permulaan untuk fungsi-fungsi bantuan digital yang lain,” kata Naib Presiden Elektrik/Elektronik & E Pendorong, Volvo Car Group, Thomas Müller.

Volvo Microsoft Band 2

Teknologi kawalan suara ke atas kenderan Volvo menggunakan Microsoft Band 2 akan mula ditawarkan kepada pelanggan mulai musim bunga 2016.

Google ads
Back to top button