Buletin

PEUGEOT 208 FACELIFT

Selepas tiga tahun dilancarkan, model terlaris Peugeot 208 telah menjalani proses penambahbaikan dalam pelbagai aspek.

peugeot-208-2015-mekanika (6)

Gayaan luarannya kini dilihat lebih tersendiri. Rekaan bampar hadapan tampil menarik dengan gril lebar dan kemasan krom. Penampilanitu diserlahkan lagi dengan lampu utama dua tona dan lampu kabus. Lampu belakang pula ditukar dengan lampu LED.

Bahagian kabin menerima penambahbaikan minimum. Mengekalkan konsep kabin ‘i-Cockpit’, sterengnya kini dipasang dengan kemasan kulit daripada Active. Manakala  papan pemukanya menggunakan material lebih lembut.

peugeot-208-2015-mekanika (5)

Model kompak itu dikuasakan oleh enjin diesel paling efektif dengan teknologi BlueHDi yang menawarkan emisi cukup rendah dan menepati piawaian Euro 6. Ditawarkan dalam tiga tahap kuasa, enjin itu mampu menjana 75hp, 100hp dan 120hp, bersama  teknologi Stop & Start (S&S).

Enjin diesel itu kemudian dipadankan dengan kotak gear manual lima dan enam kelajuan.  

peugeot-208-2015-mekanika (8)

208 turut menawarkan pilihan enjin petrol. Enjin PureTech aspirasi biasa (N/A) bersesaran 1.0 liter mampu menghasilkan kuasa sehingga 68hp. Sementara enjin PureTech 1.2L pula berkuasa 82hp dan enjin turbo PureTech 1.2Lberupaya menjana kuasa mencecah 110hp.

Di samping kotak gear manual, 208 juga ada menggunakan khidmat transmisi automatik EAT enam kelajuan. Ia menggunakan teknologi Quickshift bagi memastikan penukaran gear yang pantas dan lancar.

peugeot-208-2015-mekanika (3)

Bagi memberikan lebih banyak pilihan kepada para pelanggan, 208 turut didatangkan dengan varian 208 GT Line dan 208 GTi. Model baharu ini akan dipertontonkan kepada umum dalam acara Geneva Motor Show 2015 Mac depan.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button