BuletinModifikasi

SALEEN FOURSIXTEEN

Legasi jentera Saleen dilihat telah dipakejkan dengan sempurna ke dalam FOURSIXTEEN Model S. 

SALEEN-FOURSIXTEEN-mekanika (4)

Ia kini dianggap sebagai kereta elektrik mewah berkuasa tinggi yang tidak akan dihasilkan oleh pengeluar kenderaan lain. Melihat bahagian luarannya, FOURSIXTEEN yang dibina berasaskan kepada model Tesla Model S sememangnya cukup aerodinamik.

Daripada fascia hadapannya hinggalah ke bahagian peresap udara bekalang yang diperbuat daripada gentian karbon, rekaan aerodinamik ini mengurangkan pekali seretan dengan ketara.

SALEEN-FOURSIXTEEN-mekanika (2)

Sama seperti model-model Saleen yang lain, kereta ini bukan sekadar cantik dipandang. Malah, FOURSIXTEEN begitu berkuasa kerana ia dijana oleh motor induksi AC empat kutub, tiga fasa serta rotor tembaga.

Rangkaian kuasa itu dipertingkatkan dengan nisbah gear akhir 11.39:1 Saleen serba baharu yang mampu menawarkan pecutan lebih pantas. Sistem penyejukan motor elektrik juga dikatakan lebih efektif berbanding sistem terdahulu.

SALEEN-FOURSIXTEEN-mekanika (10)

Ruang kabin FOURSIXTEEN menyerlahkan kemewahan yang tiada tandingan. Material kulit berwarna hitam digunakan pada sebahagian besar ruang tersebut. Konsol tengah yang baru telah disepadukan. Ia kini lebih ergonomik dan menawarkan beberapa  tempat penyimpanan barang.

SALEEN-FOURSIXTEEN-mekanika (9)

Di pasaran Amerika Syarikat, jentera ini dijangka ditawarkan pada harga bermula AS$152,000 (RM482,000) seunit. Ia hadir bersama jaminan selama empat tahun.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button