Buletin

SEDAN SPORT SULUNG KIA

Kia Motors merancang untuk melancarkan model sulung sportsnya tahun hadapan. Jentera sedan sport dengan kod CK itu dikatakan bakal memulakan produksinya Mei 2017.

kia-motor-sports-sedan-ck-konsep-mekanika (1)

Kia meletakkan sasaran output tahunan sebanyak 60,000 unit.

Model berkenaan bakal bersaing dengan Audi A5  dan BMW 4 Series.

Perincian spesifikasi masih lagi belum didedahkan. Namun, Kia memberitahu saiz model sports itu lebih kecil berbanding Genesis Coupe.

Model pacuan roda belakang itu didatangkan dengan tiga pilihan enjin 2.0 liter, 2.2 liter dan 3.0 liter.

Model berkenaan bakal dikeluarkan di kilang Kia  berhampiran Seoul selepas produksi barisan model Rio dipindahkan ke Mexico awal 2017.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button