TMS 2013: HONDA VEZEL
Pada acara Tokyo Motor Show 2013 (TMS 2013) yang membuka tirainya semalam, Honda Motor Co., Ltd. mengumumkan bahawa ia akan memproduksi model yang diberi nama VEZEL.Â
Jentera yang dikatakan dibina di atas plalform Jazz/Fit generasi terbaharu itu bakal menggabungkan kualiti terbaik sebuah SUV, rupa bentuk elegan sebuah coupe dan kefungsian sebuah minivan.
Perincian mengenai VEZEL akan diumumkan pada 19 Disember 2013 sebelum ia mula dijual di pasaran Jepun pada keesokan harinya. Jentera tersebut akan menjadi pesaing kepada beberapa model seperti Ford Ecosport, Peugeot 2008 dan Nissan Juke.
Di Jepun, VEZEL ditawarkan dalam dua varian iaitu hibrid dan petrol. Model hibrid dilengkapi sistem Sport Hybrid i-DCD (Intelligent Dual Clutch Drive) yang digabungkan bersama enjin pancitan terus bersesaran 1.5 liter. Sementara model petrol pula dipasang dengan enjin pancitan terus berkapasiti 1.5 liter.
Menurut Honda, kedua-dua varian ini menawarkan pemanduan yang berkuasa dan menjmatkan.