Buletin

TOYOTA KIJANG INNOVA DEBUT DI INDONESIA

Nampaknya model MPV (kenderaan pelbagai guna) Toyota Kijang Innova bakal melakukan debut dunianya di Jakarta, Indonesia pada 23 November ini. Di pasaran Malaysia, MPV berkenaan dinamakan sebagai Toyota Innova.

Toyota-innova-indonesia1

Sebelum pelancaran, brosur model berkenaan sudah mula terlihat di alam maya. Berdasarkan laporan Autocar Indonesia, model  Kijang Innova serba baharu berkenaan didatangkan dengan tiga varian. Iaitu Q, G, dan V. Varian Q adalah varian tertinggi.

Toyota menawarkan dua pilihan enjin iaitu 2.4L dan 2.0L.  Penghantaran kuasa yang lancar ke roda dibantu oleh transmisi manual 5 kelajuan atau automatik 6 kelajuan.  Lebih menarik, pasaran Indonesia turut menawarkan pilihan enjin diesel.

Enjin diesel 2.4L 2DOHC dengan VNT intercooler itu mampu menghasilkan kuasa puncak 149PS @ 3,400rpm.  Sementara tork 359Nm (1,200 rpm – 2,600 rpm) ditawarkan bagi transmisi automatik dan 342.2Nm (1,200 rpm – 2,800 rpm) untuk manual.

Toyota-innova-indonesia3

Enjin petrol pula kini menerima talaan baharu. Enjin 2.0L berkod 1TR-FE itu mampu menghasilkan tenaga 139PS @ 5,600rpm dan tork 183Nm @ 4,000rpm.

Varian G iaitu model terendah  didatangkan standard dengan stereng teleskopik dan boleh condong, skrin sentuh 7 inci bersama sambungan USB, AUX, SD, arahan suara dan lain-lain. Pembeli yang memilih varian G  juga akan menerima lampu depan halogen, rim 16-inci dan glove box yang lengkap dengan sistem penyejuk.

Menyentuh aspek keselamatan, Innova G didatangkan dengan tiga beg udara dan ISOFIX sebagai standard. Tetapi tanpa immobilizer.

Toyota-innova-indonesia2

Varian pertengahan iaitu V dipasang dengan skrin sentuh 8 inci bersama sambungan internet, HDMI, DLNA, bluetooth, arahan suara, miracast dan banyak lagi.

Semakin istimewa, kabin varian V menerima sentuhan elegan iaitu iluminasi premium LED serta pendingin hawa double blower. Pendingin hawa juga kini didatangkan dengan kawalan digital dan mod auto.

Varian tertinggi Q memiliki penampilan lebih menarik. Lampu depan projektor didatangkan dengan ciri LED. Memudahkan urusan keluar masuk, varian Q ditawarkan dengan ciri kunci pintar.

Toyota-innova-indonesia4

Bahagian papan pemuka Q juga direka baharu dengan panel kayu. Di tengahnya  tersedia skrin sentuh 8-inci. Bersama kemudahan sambungan internet, mira cast, HDMI, Bluetooth, Toyota Move, telefon pintar, arahan suara, dan digital living network alliance.

Sebagai pilihan, varian Q didatangkan dengan dua pilihan fabrik iaitu hitam dan coklat. Ciri keselamatan pula, Innova Q dilengkapi tujuh beg udara, Vehicle Stability Control (VSC) dan Hill Assist Control (HAC).

Di pasaran Malaysia, Innova akan di bawa masuk tahun hadapan.

Sumber: autonetmagz.com & autocarindonesia

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button