Buletin

TOYOTA SIENNA 2015

Buat pertama kalinya, Toyota memperkenalkan sebuah model serba baharu menerusi dalam talian sahaja. 

Toyota-Sienna-2015-mekanika (12)

Pengeluar kenderaan berpengaruh dari Jepun itu melancarkan model MPV Sienna 2015 melalui kaca mata ibu bapa yang kreatif dan celik teknologi media sosial. Menerusi satu siri video, golongan ibu bapa ini menunjukkan pengalaman pemanduan harian bersama anak masing-masing di dalam sebuah Sienna.

“Toyota Sienna 2015 menyerlahkan keseronokan pemanduan harian ibu bapa dengan anak-anak mereka yang boleh membuatkan kita tersenyum dan ketawa. Sebab itulah Toyota melancarkan “Swagger Wagon” ini melalui lensa kreatif,” kata Naib Presiden, Divisyen Pemasaran Toyota Motor Sales, Amerika Syarikat, Jack Hollis.

Toyota-Sienna-2015-mekanika (10)

MPV ini tampil dengan pelbagai ciri yang ada untuk semua orang, kualiti pengendalian lebih baik dan teknologi pintar yang berorientasikan kepada keluarga. Sebagai contoh, mikrofon binaan dalam yang ada pada ciri Driver Easy Speak membolehkan pemandu bercakap dengan penumpang di belakang tanpa perlu menjerit.

Bagi memastikan semua penumpang sentiasa terhibur, MPV ini dipasang dengan sistem hiburan Dual View dan Blue Ray. Kemewahan ruang dalamannya juga dipertingkatkan menerusi penggunaan lebih banyak material lembut dan tempat duduk dibalut kulit berwarna hitam.

Toyota-Sienna-2015-mekanika (14)

Sienna 2015 dikatakan dijana oleh unit enjin bersesaran 3.5L V6 yang mampu menghasilkan kuasa mencecah 266hp. Ia kemudian dipadankan dengan kotak gear automatik enam kelajuan.

Toyota-Sienna-2015-mekanika (9)

Menyentuh tentang aspek keselamatan pula, Sienna 2015 dilengkapi lapan beg udara, kamera mengundur, empat cagak tempat duduk kanak-kanak, LATCH dan banyak lagi.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button