VOLVO PARKIR SENDIRI

slider-dlm-212.jpg

Kereta yang boleh parkir sendiri bukanlah cerita baharu. Tetapi, pengeluar kenderaan dari Sweden, Volvo Car Group (VCG) telah maju selangkah ke hadapan menerusi teknologi pintar yang diberi nama parkir berautonomi. 

49680_1_5

VCG mendakwa kereta konsep itu berupaya mencari dan memarkir di ruang kosong dengan sendiri tanpa perlu pemandu berada di dalamnya. Kereta pintar dan tidak memerlukan pemandu itu juga boleh berinteraksi secara selamat dan lancar dengankenderaan lain serta pejalan kaki di kawasan parkir.

“Parkir berautonomi adalah satu konsep teknologi yang membebaskan pemandu daripada tugas mencari ruang parkir. Pemandu hanya perlu turun dari kereta di tempat masuk ruang parkir dan mengambilnya semula di lokasi sama,” kata Penasihat Kanan Keselamatan VCG, Thomas Broberg.

49678_1_5

Pemandu perlu menggunakan satu aplikasi pada telefon pintar untuk mengaktifkan parkir berautonomi. Kenderaan itu akan menggunakan alat-alat pengesan untuk ‘membiasakan diri’ dan mencari ruang parkir yang kosong. Prosedur sebaliknya akan berlaku sewaktu pemandu datang untuk mengambil kereta berkenaan.

Sistem itu digabungkan dengan alat pengesan dan brek automatik. Matlamatnya adalah supaya kenderaan boleh bergerak dengan selamat dan mampu berintegrasi dalam persekitaran ruang parkir.

49675_1_5

Harus tahu bahawa VCG merupakan satu-satunya pengeluar yang terlibat dalam projek SARTRE (Latihan Keselamatan Jalan Raya untuk Alam Sekitar) yang ditamatkan dengan jayanya pada tahun 2012.

 49679_1_5

Projek tersebut melibatkan tujuh rakan kerjasama dari Eropah. Ia memberi fokus kepada teknologi yang boleh diimplementasikan pada lebuh raya dan persekitaran trafik konvensional.

49673_1_5

“Teknologi parkir berautonomi masih dalam fasa pembangunan. Namun, kami akan mengambil langkah dengan memperkenalkan ciri pertama iaitu stereng berautonomi pada Volvo XC90 serba baharu. Model ini akan diperkenalkan pada penghujung tahun 2014,” tambah Broberg.

The following two tabs change content below.

admin

mekanika.com.my ditubuhkan pada Disember 2012 untuk mengisi vakum yang wujud dari aspek pemberitaan berkaitan industri #automotif tempatan dan global secara dalam talian yang mengangkat bahasa Malaysia sebagai medium penyampaiannya.

Latest posts by admin (see all)

Share this post