1 GOL PASUKAN ENGLAND JARINGKAN DALAM PIALA DUNIA 2018, AUTO TRADER UK HADIAHKAN 1 KERETA

SHARE

Auto Trader, pengendali pasaran jualan kereta baharu dan terpakai secara digital terbesar di United Kingdom mengumumkan bahawa ia akan menghadiahkan sebuah kereta untuk setiap gol yang dijaringkan oleh pasukan England di Piala Dunia 2018 kepada pemenang bertuah.

Pengumuman itu pasti mengujakan peminat bola sepak di UK. Untuk memenangi kereta Jeep Renegade, Abarth 595, Fiat 500X atau Alfa Romeo Mito itu, apa yang perlu dilakukan peserta hanyalah post #AutoTraderGoals di laman Twitter, Instagram atau Facebook sebaik sahaja pasukan England menjaringkan gol.

Mitsubishi YE-Triton-Mrec-Desktop

Selain itu, orang ramai juga boleh mendaftarkan e-mel mereka di www.autotrader.co.uk/goals apabila gol dijaringkan. Pemenang akan dipilih secara rawak oleh pihak penganjur.

“Memang mustahil untuk menggambarkan perasaan jika berjaya menjaringkan gol dalam Piala Dunia. Tetapi, menang sebuah kereta pun sangat mengujakan. Saya harap pasukan England akan dapat menjaringkan banyak gol.

“Pasukan three lions bakal berlepas ke Rusia minggu ini bersama pemain paling muda pernah bermain untuk England di Piala Dunia. Saya yakin Auto Trader perlu menghadiahkan banyak kereta nanti,” kata bintang England yang juga duta #AutoTraderGoals, John Barnes.  

Pertandingan #AutoTraderGoals akan bermula apabila England turun bertemu dengan Tunisia pada Isnin minggu depan, 18 Jun 2018.

Share this post

scroll to top