Artikel PilihanBuletinMotosikal

1 UNIT TERJUAL SETIAP 9 SAAT, INILAH MOTOSIKAL TERLARIS DI DUNIA!

Setiap negara mempunyai citarasa kenderaan tersendiri. Jika diperhatikan, model kenderaan yang paling digemari tidak perlu canggih atau tampil dengan reka bentuk luar biasa pun. Sebagai contoh barisan model Honda Super Cub yang tampil ringkas tetapi sudah terjual 100 juta unit di serata dunia.

Dan apabila anda mempunyai produk terlaris di negara dengan lebih dari 1.32 bilion penduduk maka pastilah ia sesuatu yang hebat.

Di India,  motosikal terlaris adalah sebuah skuter Honda Activa 110 cc dengan jualan sebanyak 2,040,134 unit dalam masa hanya tujun bulan! Iya benar, lebih dua juta unit jualan!

Rekod tersebut menjadikan Activa motosikal pertama di India yang berjaya mencapai angka tersebut dan jika dihitung sebanyak satu unit Activa terjual pada setiap sembilan saat.

Rekod yang dicapai Honda Motorcycle & Scooter India Pvt. Ltd. (HMSI) itu dibuat dari bulan April hingga Oktober 2017. Prestasi tersebut bukan dicapai dalam sekelip mata. 

Sebelum ini Honda mengambil masa selama tujuh tahun sejak pelancaran Activa generasi pertama pada tahun 2001 hingga tahun 2008 bagi mencapai jualan sebanyak dua juta unit.

Honda melancarkan skuter Activa 102 cc pada tahun 2001. Pada tahun pertama, jualan Activa hanyalah sekitar 55 ribu unit dan dalam tempoh tiga tahun berikutnya telah berjaya menerajui segmen skuter. 

Sehingga Disember 2005, jualan kumulatif Activa telah pun mencecah sejuta unit.

Honda telah melancarkan beberapa generasi Activa dan telah mengubah pilihan tunggangan rakyat India dan semakin popular. Menjelang Jun 2012, jualan Activa telah melebihi lima juta unit.

Dalam tempoh tiga tahun berikutnya, Activa sekali lagi memahat rekod baharu apabila menjadi skuter pertama yang terjual lebih dari 10 juta unit!

Rekod baharu kali ini lebih menggagumkan. Pada tahun 2016, jualan Activa berjaya mengatasi motosikal terlaris selama 17 tahun di India dan turut menjadi jenama motosikal terlaris di dunia buat kali pertama.

Terbaru, Activa telah menjadi skuter automatik pertama di India dengan jualan lebih dari 15 juta unit. Selain itu, pasaran motosikal India juga besar, jualan tahun ini sahaja sudah melebihi 12 juta unit.

Di Delhi India, Honda Activa 4G dijual pada harga INR 51,324 atau RM 3,268.

BACA: SEJARAH LIVERY MOTOSIKAL : HONDA + KONICA MINOLTA

BACA: HONDA SUPER CUB EDISI 100 JUTA UNIT – INI BARU OTAI

Jualan dan perbandingan Honda Activa di India

(Sumber: Persatuan Pengeluar Automobil India/SIAM)

Google ads
Back to top button