Buletin

10 PEMBELI HONDA CIVIC TYPE-R BERPELUANG MENONTON F1 DI JEPUN SECARA PERCUMA!

Honda Malaysia hari ini mengumumkan kempen khas untuk pembeli bertuah mereka. Hadiahnya? “Percutian” menonton perlumbaan Formula Satu di Litar Suzuka, Jepun!.
 

Pelanggan yang membeli Honda Civic Type-R dalam tempoh tiga bulan bermula April hingga Jun ini layak dalam peraduan ini. Pemenang bertuah perlu menjawab dua soalan mudah dan siapa tahu, anda mungkin berpeluang menonton perlumbaan Formula Satu di Litar Suzuka pada Oktober nanti.

Kempen â€˜Sprint to the Suzuka Circuit’ ini akan berakhir pada Jun nanti dan Honda Malaysia akan memilih 10 pemenang bertuah berdasarkan dua jawapan yang paling kreatif.

Pemenang akan mendapat dua tiket penerbangan pergi balik kelas perniagaan, dua tiket Formula 1 Japanese Grand Prix 2018, dua cenderahati eksklusif Honda dan penginapan lima hari empat malam di Jepun.

Keseluruhan pakej ini dianggarkan berjumlah RM30,000 setiap satu.

Hah. Tunggu apa lagi?

Sila pergi ke Honda Sport Dealer dan tempah sekarang!

 

 
 
 
Google ads
Back to top button