Buletin

10,833 LESEN MEMANDU DIGANTUNG TAHUN LEPAS GARA-GARA PENGGUNAAN TELEFON BIMBIT DI UK

Suka atau tidak, penggunaan telefon bimbit semasa memandu adalah perkara yang sangat merbahaya. Malah di kebanyakan negara, penggunaan telefon dengan kit bebas tangan (hands-free kit) juga telah lama diharamkan.

Ia adah berkenaan hilangnya fokus dan tumpuan sewaktu memandu. Beberapa hari lepas, kami laporkan undang-undang tegas di Perancis yang melarang penggunaan telefon bimbit walaupun sewaktu berhenti di lampu isyarat. Di Perancis, pemandu hanya dibenar menggunakan telefon bimbit ketika kereta di parkir di tempat yang sepatutnya.

Di UK, undang-undang telefon bimbit ini telah diimplimentasikan dengan tegas sejak beberapa tahun lepas. Kesalahan yang terlibat tidak lagi hanya didenda tetapi pihak berkuasa di sana terus menggantung lesen memandu.

Penggunaan telefon bimbit menjadi antara punca kemalangan tertinggi di Britain dan pihak kerajaan dilihat tidak lagi mahu berkompromi.

Bermula Mac tahun lepas, hukuman penggunaan telefon bimbit ini ditambah dengan pemotongan mata (lesen memandu) sebanyak 6 mata dan ditambah dengan denda sebanyak £200 atau RM3,266. Ia menunjukkan betapa seriusnya penggunaan telefon bimbit yang menyebabkan kemalangan.

Namun yang demikian, angka yang dicatat nampaknya tidak berubah malah peningkatan sebanyak 356 peratus bagi kesalahan terbabit pada tahun 2017.

Sebanyak 10,883 kesalahan telah direkodkan di mana kesemua pemandu ini telah hilang kelayakan memandu. 

Gila kejam bunyinya kan?

Menurut pihak berkuasa, kebanyakan pesalah ini terdiri daripada pemandu muda. Hanya hukuman yang tegas mampu membendung gejala ini daripada berterusan.

Mengikut undang-undang jalanraya UK, sesiapa yang digantung lesen memandu diwajibkan mengambil ujian semula sama seperti permohonan memandu kali pertama.

Jurucakap Ketua Polis Negara berkata “Bukti menunjukkan pemandu muda sengaja mengambil risiko kepada diri sendiri dan orang lain. Kami akan meneruskan memastikan jalanraya selamat untuk semua dan menggunakan segala peruntukan undang-undang yang ada. Mesej kami sangat jelas: Patuhi undang-undang atau berdepan dengan kehilangan kelayakan memandu.”

 

 

Google ads
Back to top button