Buletin

143,970 UNIT KENDERAAN HONDA DIPANGGIL SEMULA

Honda Malaysia baru-baru ini mengumumkan penarikan semula 143,970 unit lagi kenderaannya.

Honda-recall-takata-2015-mekanika (1)

Penarikan itu melibatkan model City (2006-2012), Civic (2006-2011 YM), Civic Hybrid (2007-2011), CR-V (2007-2011), Insight (2011-2012), Jazz (2009-2012) dan Stream (2007-2012).

Langkah proaktif itu bagi memastikan keselamatan para pelanggannya. Kempen ini dibuat bagi menggantikan inflator pada beg udara pemandu. Honda Malaysia juga memberi jaminan bahawa semua model yang sedang dijual sekarang tidak terjejas.

Honda-recall-takata-2015-mekanika (6)

Para pelanggan yang terlibat akan dihubungi menerusi melalui surat. Mereka dinasihatkan supada menghantar kereta ke pusat servis Honda yang sah untuk diperiksa.

Penggantian akan dibuat sebaik sahaja alat ganti diterima. Kos alat ganti dan buruh adalah ditanggung oleh Honda Malaysia.

Honda Baru

Pemilik kenderaan Honda boleh memeriksa kemas kini kenderaan mereka dengan menghubungi talian 1-800-88-2020 layari laman web: www.honda.com.my atau kunjungi mana-mana pengedar Honda berhampiran.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button