Buletin

2 MODEL BAHARU FORD @ KLIMS’13

Sempena acara Kuala Lumpur International Motor Show 2013 (KLIMS 2013) yang bakal berlangsung pada minggu depan (15 November 2013), Ford ada sesuatu yang menarik menanti anda. 72860for

Ford akan melakukan debut model SUV kompak Ford EcoSport dan varian Fiesta 1.0L EcoBoost® baharu. Enjin petrol 1.0L EcoBoost Ford yang inovatif dikatakan mampu menawarkan penjimatan bahan api sehingga 20 peratus dan 15 peratus pengurangan emisi CO2. Harus tahu bahawa enjin tiga silinder itu telah diiiktiraf sebagai International Engine of the Year pada tahun 2012 dan 2013.

Kalau berminat, anda boleh terus membuat tempahan Ford EcoSport dan Fiesta 1.0L EcoBoost sepanjang KLIMS ’13 berlangsung. Lebih menarik lagi, para pelanggan yang membuat tempahan dan membayar deposit tempahan sebanyak RM500 untuk mana-mana model Ford di pameran Ford di KLIMS bakal menerima hadiah istimewa, sehingga stok masih ada.

GoFurther-New-Ford-Fiesta-07

Dengan pameran berkonsepkan “Masa dahulu, Hari ini dan Masa Depan”, para pengunjung berpeluang untuk melihat warisan inovasi automotif Ford. Sebanyak 11 kenderaan Ford akan dipamerkan termasuklah model klasik Ford Model A tahun 1928, model ikonik Ford Mustang Shelby GT500 dan Ford Fusion Hybrid.

Ford juga mempamerkan rangkaian penuh kenderaan One Ford. Ini termasuklah versi Ford Ranger yang telah diubah suai. Selain Ford Focus, Kuga dan banyak lagi. Bukan itu sahaja, anda boleh memenangi pelbagai hadiah dalam peraduan dan cabaran trivia.

72877for-b

Pada Ahad (17 November), sejumlah ruang parkir khas untuk kenderaan Ford disediakan. Ia turut menawarkan potongan kadar parkir, berdasarkan kepada siapa cepat dia dapat.

“Ford berbesar hati untuk berada di KL International Motor Show pada tahun ini, memandangkan Malaysia merupakan peluang pertumbuhan Ford yang penting untuk rantau Asia Pasifik,” kata Pengurus Serantau, Kumpulan Pasaran Membangun Asia Pasifik, Ford Motor Company, David Westerman.

Kuga

Sebagai sebahagian daripada aktviti pra-KLIMS, Ford Malaysia ada menawarkan tawaran menarik untuk mereka yang ingin membeli sebuah kenderaan Ford.

Pelanggan yang menempah dan mendaftarkan Ford Focus Sport+, Titanium+ atau Ford Kuga mulai sekarang hingga 31 Disember 2013 bakal menerima kadar faedah serendah 1.38 peratus setahun. Di samping baucar beli-belah secara percuma.

73228for-a

Maklumat lanjut mengenai Ford di acara KLIMS 2013, sila layari laman web www.ford.net.my atau laman Facebook Ford Malaysia: www.facebook.com/FordMalaysia

Google ads
Back to top button