Buletin

2014: FORD CATAT JUALAN MEMBERANGSANGKAN

Ford hari ini mengumumkan bahawa angka jualan yang kukuh terhadap seluruh rangkaian modelnya di Malaysia untuk tahun 2014.

Ford-2014-sales-performance-mekanika (7)

Dipacu oleh permintaan kukuh terhadap model Ranger dan Fiesta, ia menyaksikan peningkatan sebanyak 31 peratus, sekali gus mencatat rekod jualan penuh tahunan terbaik dengan 13,938 unit.

Ford turut menamatkan tahun lalu dengan jualan Disember melonjak sebanyak 51 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu apabila mencatat rekod jualan bulanan 1,432 unit. Ini menjadikannya suku tahunan terbaik dengan jualan runcit meningkat sebanyak 22 peratus kepada 3,721 unit.

Ford-Ranger-018

Trak pikap Ranger mengakhiri tahun 2014 sebagai trak pikap kedua terlaris di Malaysia dengan jualan meningkat sebanyak 49 peratus kepada 8,577 unit. Ini termasuklah prestasi bulanan terbaik pada Disember, apabila jualannya melonjak sehingga 69 peratus kepada 996 unit.

Ranger menawarkan pakej keselamatan yang tiada tandingannya di pasaran Malaysia. Ranger dilengkapi ciri Electronic Stability Programme (ESP) pada semua varian. Di samping cagak ISOFIX untuk tempat duduk kanak-kanak pada semua varian Wildtrak, XLT dan XL Double Cab.

Ford-2014-sales-performance-mekanika (3)

Ford Fiesta juga menunjukkan prestasi jualan terbaiknya untuk tahun 2014 dengan peningkatan jualan sebanyak 25 peratus kepada 3,119 unit. Permintaan memberangsangkan terhadap Fiesta disumbang oleh varian enjin 1.0L EcoBoost. Ford turut mengembangkan rangkaian model Fiesta menerusi penambahan varian berprestasi tinggi, Fiesta ST.

SUV kompak urban EcoSport yang dilancarkan pada separuh kedua 2014 turut menyumbang jualan sebanyak 353 unit. EcoSport menggabungkan praktikaliti sebuah kereta kompak dengan kelincahan sebuah SUV.

Ford-Kuga-SE-mekanika (4)

SUV kuga yang penuh gaya pula menyaksikan jualan keseluruhannya mencecah 882 unit pada tahun 2014. Sementara jualan Focus yang sarat dengan teknologi menyumbang sebanyak 939 unit kepada rekod jualan Ford untuk tahun 2014.

Ford turut menonjolkan kewujudannya dalam segmen kenderaan komersial dengan memulakan program pemasangan tempatan van Transit. Selain pelancaran rasmi rangkaian sembilan Pusat Kenderaan Komersial (CV) yang berperanan memenuhi keperluan jualan dan selepas jualan para pelanggan komersial.

Ford-2014-sales-performance-mekanika (1)

Bagi menyokong jumlah pelanggan yang bertambah dengan pantas, Ford dan rakannya, Sime Darby Auto Connexion (SDAC) akan terus meningkatkan pengalaman pelanggan dan pemilikan kenderaan Ford pada tahun 2015.

Ini termasuklah pelaburan SDAC sebanyak RM140 juta untuk dua tahun akan datang yang melibatkan penambahan tiga pengedar baharu Ford bagi melengkapkan lagi rangkaian sedia ada yang terdiri daripada 49 cawangan pengedaran.

Ford-2014-sales-performance-mekanika (11)

Pengedar sedia ada akan terus dinaik taraf kepada standard global 3S Ford yang merangkumi perkhidmatan jualan, servis dan alat ganti di bawah satu bumbung.

Lebih banyak cawangan Quick Lane juga akan dibuka pada tahun 2015 bagi menambah sembilan outlet yang telah dibuka pada tahun 2014, demi menawarkan pelanggan servis yang pantas, mudah dan berkualiti tinggi.

Ford-2014-sales-performance-mekanika (10)

Pembukaan Pusat Pembaikan Pelanggaran Sime Darby Motors, pelanjutan tempoh operasi SDAC di Petaling Jaya dan satu lagi pusat servis di Petaling Jaya pasti dapat meningkatkan kapasiti servis serta memenuhi permintaan yang kian meningkat. 

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button