222 UNIT MYVI TERJUAL SETIAP HARI. KINI SUDAH LEBIH 1 JUTA DI JALANRAYA!

Yang ini legenda Malaysia - Myvi!

SHARE

Ikon Malaysia, Perodua Myvi telah mencapai satu lagi kejayaan dengan lebih 100,000 unit model generasi ketiga berada di jalan raya setakat hari ini.

“Kami amat gembira untuk mengumumkan bahawa sejak pelancaran Perodua Myvi generasi ketiga pada November 2017, kami telah menyerahkan lebih daripada 100,000 unit kepada pelanggan kami yang dihargai – iaitu dengan purata lebih daripada 1,560 unit seminggu,” kata Pengarah Urusan Perodua Sales Sdn Bhd Dato’ Dr Zahari Husin.

Beliau menambah bahawa maklumbalas daripada para pelanggan amat positif secara keseluruhan, dan ciri-ciri Myvi yang paling disukai mereka termasuk rekabentuk yang bergaya, praktikaliti, mudah dipandu, kos pemilikan dan penyelenggaraan yang rendah, ruang yang luas walaupun saiznya kompak, serta ciri-ciri canggih yang biasanya hanya terdapat pada kenderaan mewah.

New Triton 4Sure Power -MREC – Desktop

“Perodua Myvi merupakan model yang paling berjaya dalam sejarah kami. Myvi generasi pertama diperkenalkan pada tahun 2005 ke dalam pasaran Malaysia yang pada ketika itu didominasi oleh kenderaan sedan.

“Menjelang 2013, ia telah mengatasi jualan keseluruhan kenderaan Kancil (708,000 unit dari 1994 hingga 2009) dan setakat ini, kami telah menjual hampir 1.1 juta Myvi secara keseluruhannya,” kata Dato’ Dr Zahari.

Tempahan untuk Myvi generasi ketiga telah mencecah 150,000 dan Perodua akan terus bekerja keras untuk memenuhi pesanan itu dalam tempoh masa yang sewajarnya.

“Kami mengucapkan terima kasih kepada semua rakyat Malaysia kerana memilih Myvi – ini memberi galakan dan motivasi kepada kami untuk terus melakukan penambahbaikan supaya kami dapat memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada anda.

Di Perodua, kami tidak pernah lupa bahawa kami adalah syarikat yang mengutamakan insan (People First),” kata Dato’ Dr Zahari.

Perodua menutup tirai 2018 dengan rekod jualan 227,243 kenderaan, menjadikan ia syarikat pengeluar kenderaan terkemuka Malaysia selama 13 tahun berturut-turut. Perodua telah menjual hampir 3.5 juta kenderaan sejak tahun 1994.

GALERI

Share this post

scroll to top