Buletin

3M LANCAR FILEM KESELAMATAN AUTOMOTIF

3M Malaysia hari ini melancarkan 3M Scotchshield™ Crystalline Security AutoFilm, penambahan terkini dalam barisan produk 3M AutoFilm yang komprehensif.

3M-Scotchshield-Crystalline-Security-AutoFilm-mekanika (4)

3M Scotchshield™ Crystalline AutoFilm serba baru itu menawarkan ciri-ciri penghalang haba dan keselamatan terbaik berbanding filem tingkap automotif konvensional.

“Melihat kepada statistik kes pecah kereta yang kian membimbangkan, ciri keselamatan filem cermin tingkap menjadi sangat penting.

3M-Scotchshield-Crystalline-Security-AutoFilm-mekanika (7)

“Bagi memenuhi keperluan ini, kami ingin menawarkan satu penyelesaian yang bukan sahaja mengurangkan kesan cahaya matahari, malah mampu menghalang jenayah pecah kereta dengan berkesan,” kata Pengurus Besar Kumpulan Perniagaan Elektronik & Tenaga 3M Malaysia, Ge Quee Ann.

3M Scotchshield™ Crystalline Security AutoFilm adalah filem cermin tingkap setebal 4-mil (0.1mm) yang mempunyai kekuatan regangan sehingga 25,000 psi. Ia juga  memiliki teknologi Multi-layer Optical Film (MOF) yang menggabungkan lebih 200 lapisan dalam satu filem. Tetapi, lebih nipis berbanding Post-it® Note.

3M-Scotchshield-Crystalline-Security-AutoFilm-mekanika (8)

Dengan setiap lapisan berfungsi menghalang gelombang tenaga solar yang berbeza, filem berkenaan memberikan 97% Penolakan Radiasi Infra Merah (IRR) dan sehingga 60% Penolakan Tenaga Solar Keseluruhan (TSER).

Sebagai tambahan, 3M Scotchshield™ Crystalline Security AutoFilm turut mengekalkan segala manfaat 3M AutoFilm yang dihargai oleh pengguna seperti 99.9% Perlindungan Ultraungu (UVR) dengan tahap keberkesanan Faktor Perlindungan Solar (SPF) lebih 1,000.

3M-Scotchshield-Crystalline-Security-AutoFilm-mekanika (6)

Perlindungan UV berkenaan mampu mengurangkan rekahan serta kelunturan pada kemasan kenderaan, upholsteri dan karpet. .

Filem ini juga tidak mengandungi bahan logam. Ini membolehkan pemandu serta penumpang kenderaan menggunakan peranti mudah alih dan sistem GPS tanpa sebarang gangguan.

3M-Scotchshield-Crystalline-Security-AutoFilm-mekanika (5)

3M Scotchshield™ Crystalline Security AutoFilm kini boleh didapati di Pusat AutoFilm Kereta 3M yang diiktiraf. Ia hadir bersama e-Jaminan selama lima tahun yang melindungi penggantian filem akibat pembentukan gelembung, mengelupas atau lepuhan (tidak termasuk cermin pecah), serta 100% bahan dan upah pekerja.

Bagi meraikan pelancaran 3M Scotchshield™ Crystalline Security AutoFilm, 3M Malaysia menawarkan harga promosi bermula dari RM2,880 kepada 100 pelanggan pertama.

Tags
Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button