Artikel PilihanBuletin

4 EDISI KHAS ROLLS ROYCE SEMPENA TAHUN BABI

Tanggal 5 februari lalu merupakan Tahun baru bagi kalendar Lunar masyarakat Cina dan seperti yang kita ketahui, tahun ini dikenali sebagai Tahun Babi.

Berjuta orang menyambutnya di seluruh dunia dan sempena pengaruh masyarakat Cina dan kekayaan ini, Rolls Royce telah menghasilkan edisi khas bagi model Ghost, Wraith, Dawn dan Cullinan.

Di perkenalkan pada penghujung minggu lalu, pembuat kereta ultra mewah dari British itu mendedahkannya di salah sebuah pengedar mereka di Beverly Hills, California.

Ghost, Wraith, Dawn dan Cullinan tersebut dihasilkan dengan warna khas Aurum, Merah Mugello, dan Hitam Mutiara.

Edisi The Lunar New York itu juga dilengkapi dengan lencana “Babi” dan juga sulaman Lunar New Year pada bahagian perehat kepala.

Bagi edisi khas untuk Cullinan, hanya TIGA unit sahaja yang akan dibina – dengan kerjasama Kumpulan Mandarin Oriental, sebuah jaringan hotel mewah. Pada 4 hingga 8 Februari, ia akan dipamerkan di hotel Boston, Miami dan Washington.

Edisi khas Ghost, Wraith dan Dawn pula dipamerkan di Rolls Royce Beverly Hills.

 “Rolls-Royce Motor Cars dan Mandarin Oriental hotel berkongsi dua elemen penting bersama,” menurut Presiden Rolls-Royce Motor Cars Amerika, Martin Fritsches

“Pertama, pelanggan kami mempunyai citarasa mewah, dan keduanya mereka mahukan kemewahan tersebut sebagai satu pengalaman. Ia adalah sebagai penghargaan kami untuk meraikan pelanggan Cina kami sempena sambutan Tahun Baru ini”

GALERI

Google ads
Back to top button