Buletin

4 PASUKAN MALAYSIA CEMERLANG DI SHELL ECO-MARATHON ASIA 2016

Empat pasukan dari Malaysia, dua dari Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam serta satu dari Universiti Malaya (UM) dan Monash University Malaysia nyata membanggakan negara apabila memenangi kategori masing-masing dalam Shell Eco-Marathon Asia 2016 yang berlangsung di Manila, Filipina baru-baru ini

Shell-Eco-Marathon-2016-mekanika (1)

Pasukan UiTM Eco-Sprint muncul sebagai juara dalam kategori Prototaip Sel Bahan Api Hidrogen untuk tiga tahun berturut-turut. Ia mencatat satu lagi rekod baru iaitu 476 km/m3.

Satu lagi pasukan UiTM, Eco-Planet pula sekali lagi dinobatkan sebagai juara untuk kategori UrbanConcept Sel Bahan Api Hidrogen. Menampilkan jentera dengan gabungan 120 keping cetakan 3D, pasukan itu berjaya mencatat penggunaan bahan api 91 km/m3.

Shell-Eco-Marathon-2016-mekanika (2)

“Kami memilih cetakan 3D kerana ia lebih ringan, ekonomikal, mengurangkan masa dan sifar risiko kesilapan fabrikasi. Memandangkan kami mempunyai pencetak 3D yang kecil, cetakan ini memakan masa selama 1,200 jam untuk disiapkan. Semua komponen itu kami pasang apabila tiba di Manila,” kata ahli pasukan UiTM Eco-Planet, Mohd Syafiq Akmal Samsudin.

Pasukan Eco-Voyager dari Universiti Malaya (UM) menduduki tempat kedua dalam Prototaip Sel Bahan Api Hidrogen dengan catatan 244km/m3. Rekod itu adalah lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Shell-Eco-Marathon-2016-mekanika (8)

Sementara pasukan Eco-Chaser dari Monash University Malaysia pula menempatkan diri sebagai juara dalam kategori Prototaip Compressed Natural Gas (CNG) apabila Berjaya mencatat perbatuan sejauh 95km/l. Angka itu sama seperti memandu dari Kuala Lumpur ke Port Dickson dengan hanya satu liter bahan api!

Untuk makluman, Shell Eco-Marathon merupakan pertandingan inovasi yang mencabar para pelajar universiti di seluruh dunia untuk mereka bentuk, membina dan memandu kereta yang paling cekap bahan api.

Shell-Eco-Marathon-2016-mekanika (3)

Shell Eco-Marathon Asia kini sudah memasuki tahun ke-7. Ini merupakan tahun ketiga dan terakhir ia diadakan di Manila.

Pertandingan tahun ini menyaksikan seramai 117 orang pelajar dari 17 buah negara di seluruh Asia, Australia dan Asia barat bersaing dalam dua kategori iaitu prototaip dan UrbanConcept (kereta yang lebih realistik).

Shell-Eco-Marathon-2016-mekanika (10)

Shell Eco-Marathon Asia 2016 memberikan pengalaman unik kepada semua peserta kerana mereka perlu menyempurnakan projek dari awal hingga akhir. Ini termasuklah pembiayaan.

Sebahagi habuan, pemenang kedua-dua kategori ini membawa pulang wang tunai berjumlah AS$2,000 (RM8,200) dan trofi untuk universiti masing-masing.

Shell-Eco-Marathon-2016-mekanika (7)

Shell Eco-Marathon pada tahun ini menyaksikan perubahan signifikan menerusi  pengenalan Drivers’ World Championship. Dalam pertandingan itu, para pelumba akan bersaing sesama sendiri dalam format perlumbaan kereta tradiosional. Pada masa yang sama perlu memandu secara efisien.

Pasukan yang menang akan dijemput untuk menghabiskan masa selama seminggu dengan Scuderia Ferrari di kilang Ferrari di Itali. Di sana, mereka akan menerima tunjuk ajar daripada jurutera Ferrari untuk menambah baik jentera bagi persaingan Shell Eco-Marathon 2017.

Shell-Eco-Marathon-2016-mekanika (4)

Berdasarkan kepada keputusan pada tahun ini, empat pasukan UrbanConcept juga layak menyertai Drivers’ World Championship yang akan berlangsung di Queen Elizabeth Olympic Park di London hujung tahun ini.

“Shell sangat berbesar hati kerana Shell Eco-Marathon telah menjadi platform penting buat pelajar Malaysia untuk membangunkan dan mempamerkan bakat mereka dalam bidang sains, kejuruteraan, teknologi, perniagaan, pemasaran dan komunikasi,” kata jurucakap Shell dari Malaysia, Leigh Wong.

Shell-Eco-Marathon-2016-mekanika (5)

Sepanjang empat hari acara itu berlangsung, lebih 30,000 orang awam hadir untuk  menonton perlumbaan dan mengunjungi Faz Zone yang disediakan oleh Shell. Di Fan Zone, pengunjung berpeluang menyertai pelbagai aktiviti yang menyeronokkan.

Google ads
Back to top button