Buletin

4 TAN BUAH OREN DICURI, DISUMBAT PENUH SAMPAI KE BUMBUNG KERETA

Kalau di Malaysia kita selalu dengar pencuri angkut lembu atau kambing naik kereta, lain pula ceritanya di Sepanyol.

Sepasukan polis dilapor telah berjaya mematahkan satu sindiket mencuri oren apabila menahan dua buah kereta dan sebuah van di Seville, Sepanyol.

Pada awalnya, polis melihat dua buah kereta bergerak perlahan dan rapat di antara satu sama lain. Apabila diarahkan berhenti, ia cuba melarikan diri ke laluan tidak bertar sebelum dikejar.

Selepas ditahan, polis terkejut kerana kedua-dua buah kereta itu dipenuhi dengan buah oren hingga ke bahagian bumbung. Sebaik sahaja pintu kereta dibuka, oren curi tersebut melimpah keluar ke atas tanah.

Tidak lama kemudian, sebuah van yang membawa muatan sama tiba dan turut ditahan. Semua oren tersebut dianggarkan seberat empat tan.

Ketika disoal siasat, pencuri yang terdiri daripada sepasang suami isteri, anak lelaki dan dua adik beradik itu mendakwa oren-oren tersebut dikutip sepanjang jalan. Sedangkan ia sebenarnya dicuri dari sebuah gudang di Carmona. Nampak sangat nipunyer…

Semua tertuduh kemudian didakwa atas kesalahan mencuri.

Untuk makluman, Sepanyol merupakan pengeluar oren terbesar di Eropah. Pada tahun 2015, sebanyak 1.9 juta tan dihasilkan. Sehinggakan ada masanya ia mengalami masalah terlebih produksi oren yang serius.  

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button