Buletin

419 UNIT HONDA CIVIC TYPE-R TERLIBAT DALAM PANGGILAN SEMULA BEG UDARA TAKATA 

Honda Malaysia mengumumkan bahawa ia kini memanggil semula 419 unit model Civic Type-R bagi tujuan penggantian inflator beg udara Takata untuk pemandu dan penumpang hadapan.

Panggilan semula itu melibatkan model tahun 2007, 2008 dan 2010. Honda Malaysia turut menegaskan semua model Honda yang dijual sekarang tidak terlibat dan ia akan terus telus demi keselamatan semua pelanggannya.

Inflator beg udara yang rosak itu mesti ditukar kerana ia akan membahayakan nyawa pengguna apabila diaktifkan. Semua pelanggan yang terlibat akan diberitahu menerusi surat. Pelanggan yang menerima surat tersebut dinasihatkan supaya pergi ke pengedar sah Honda terdekat secepat mungkin untuk tindakan lanjut.

Penukaran inflator tersebut akan dilakukan secara percuma. Anda boleh menyemak status kenderaan melalui cara di bawah:

  • Layari laman web: www.honda.com.my atau www.productrecall.honda.com.my
  •  Hubungi talian Honda Toll Free: 1-800-88-202
  • Kunjungi mana-mana pusat servis sah Honda terdekat
  • Kunjungi mana-mana stesen petronas terpilih
  • Kunjungi mana-mana pusat membeli-belah terpilih

BACA: HONDA CIVIC TYPE-R VERSI LEBIH MURAH UNTUK PELANGGAN DI AMERIKA – TIBA TAHUN DEPAN

Sehingga 7 Mei 2017, kebolehdapatan inflator beg udara pemandu Takata adalah 100 peratus dan 90.5 peratus untuk beg udara penumpang hadapan. Hasil komitmen Honda Malaysia, pihak berkuasa, pengedar Honda dan orang ramai, kadar penggantian inflator kini adalah sebanyak 79 peratus.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button