Buletin

46,710 UNIT LAGI MODEL HONDA DIPANGGIL SEMULA

Honda Malaysia baru-baru ini mengumumkan sebanyak 46,710 unit lagi kenderaan Honda bakal terlibat dalam proses panggilan semula berikutan masalah inflator pada beg udara Takata.

Honda-Malaysia-recall-takata-2015-mekanika (1)

Penambahan itu melibatkan 26,186 unit model City (2008-2009), Civic (2007-2009), CR-V, (2007-2008), Jazz (2007 & 2009) dan 20,524 unit Accord (2003–2007).

Langkah ini diambil untuk menggantikan inflator pada beg udara pemandu dan penumpang hadapan. Honda Malaysia menjalankan kempen ini bagi memastikan keselamatan para pelanggannya. Sehingga kini, belum ada kemalangan atau kecederaan dilaporkan akibat masalah beg udara itu.

SONY DSC

Honda Malaysia juga memberi jaminan bahawa semua model baharu yang dijual sekarang tidak terjejas dengan masalah beg udara tersebut. Syarikat akan memaklumkan perkara ini kepada para pelanggan melalui surat.

Pada masa yang sama, Honda Malaysia menggesa para pemilik kenderaan Honda yang terjejas supaya memeriksa kereta masing-masing secepat mungkin. 

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button