Buletin

5 BILLIONAIR TERKENAL DUNIA YANG MEMANDU KERETA YANG SANGAT SEDERHANA

Ketika semua manusia yang kaya raya dikatakan hidup bagaikan raja dengan koleksi kereta mewah yang pelbagai tetapi pada masa yang sama ada di antara mereka yang masih kekal menggunakan kereta yang sederhana walaupun mereka lebih dari mampu sebenarnya. Semuanya bergantung pada pilihan masing-masing.

Menariknya sebahagian mereka bukannya jutawan calang-calang, bukan juga jutawan kosmetik jauh sekali jutawan MLM. Bahkan sebahagian mereka merupakan billionair terkenal dengan kekayaan yang memang tak terlawan dengan gaji Pak Amid yang mencecah 7 angka (bila ditukar ke dalam rupiah).

Warren Buffet contohnya merupakan orang kedua terkaya di dunia selepas Bill Gates. Tentu ramai yaang menyangkakan beliau mempunyai koleksi Rolls-Royce Phantom, ataupun Bentley. Takkan orang kaya macam ni nak pakai Cadillac tahun 2014. Kan? Mari kita tengok senarai billionair yang sangat sederhana ataupun ‘kedekut’ ni.

  1. Warren Buffet – Cadillac XTS 2014

Memang benar, Buffet memandu Cadillac XTS keluaran tahun 2014. Itupun dah ditukar beli dengan kereta sebelumnya iaitu juga sebuah Cadillac keluaran tahun 2006. Lapan tahun sekali tukar kereta kau.

Dilaporkan juga Buffet cuma memandu secara purata hanya 5600 kilometer setahun menyebabkan beliau tidak mempunyai keperluan untuk membeli kereta baru. Namun begitu beliau sebenarnya lebih daripada mampu kalau setakat nak beli empat lima biji Chiron.

  1. Mark Zuckerberg – Acura TSX

Pengasas Facebook ni merupakan orang kelima terkaya di dunia tetapi memilih untuk memandu sebuah Acura TSX model lama. Ingatkan mamat IT macam beliau ni akan memandu kereta-kereta berteknologi tinggi seperti keluaran Tesla ataupun kereta hibrid lain. Mungkin juga budak Mark ni memang tak minat kereta.

Zuckerberg menegaskan yang TSX (Accord) beliau merupakan sebuah kereta yang selamat dan selesa. Memang beliau mempunyai beberapa kereta lain seperti VW Golf GTI, tetapi harganya hanya lebih kurang sama dengan Acura TSX tersebut. Nasib baik kau bukan ayah aku.

  1. Alice Walton – Ford F-150

Pewaris kepada rangkaian pasar raya Wal-Mart ini merupakan wanita kedua terkaya di dunia tapi cukup sukakan trak terutamanya Ford F-150 King Ranch keluaran tahun 2006 milik beliau. Menariknya, bapa Alice Sam Walton turut memandutrak yang sama keluaran tahun 1979. Ini memang bapa borek anak rintik betul. Anak Pak Amid minat betul dengan Murcielago, memang langit dengan bumi bezanya kan?

  1. Ingvar Kamprad – Volvo 240 GL

Pelik betul namanya. Jangan takut, dia ni tak makan orang kerana inilah pengasas kepada Ikea, gedung membeli belah perabut terkenal tempat korang suka window shopping tu.

Ingvar kembali ke Sweden pada tahun 2014 selepas 40 tahun melarikan diri daripada membayar cukai. Selama dua dekad kenderaan kegemaran beliau hanyalah sebuah Volvo 240 GL keluaran tahun 1993. Kini beliau telah berhenti memandu kerana seseorang memberitahu beliau yang adalah cukup merbahaya untuk seseorang yang berumur 91 tahun memandu sendiri.

  1. Steve Ballmer – Ford Fusion Hybrid

Bekas CEO Microsoft ini memiliki kekayaan bernilai USD30 billion dan merupakan individu ke 21 terkaya dunia. Beliau merupakan peminat fanatik Ford kerana mengikut jejak bapanya yang merupakan seorang pengurus di Ford.

Walaupun kaya raya, Ford Fusion Hybrid yang digunakannya sehingga hari ini merupakan hadiah daripada CEO Ford pada tahun 2009. Bukannya beli sendiri pun. Itulah yang dipandunya setiap hari walaupun Ford sudah banyak menghasilkan kereta mewah lain selepas tahun 2009. Dia ni tak pernah dengar pasal Ford GT ke?

Kredit gambar Carscoops

Google ads
Back to top button