Buletin

5 MODEL BAHARU HONDA 2014

Honda Malaysia baru-baru ini mengumumkan bahawa pihaknya akan memperkenalkan lima model baharu ke pasaran tempatan pada harga mampu milik. 

2014_Honda_5_new_models_-02-850x621

Ia terdiri daripada penukaran model sepenuhnya (Full Model Change, FMC) dan Minor Model Change (MMC). Ini termasuklah model-model hibrid CKD untuk terus mengujakan pasaran. Pengenalan model baharu dimulakan dengan sedan City yang bakal dilancarkan pada bulan depan.

05 The All-New City

Syarikat itu juga telah menetapkan sasaran yang mencabar untuk tahun 2014 dengan jualan 76,000 unit kenderaan dan perkongsian pasaran sebanyak 11%.

Sasaran tersebut hadir selepas Honda Malaysia kembali berada di kedudukan No. 2 dalam segmen kereta penumpang bukan nasional dengan perkongsian pasaran sebanyak 8.9 peratus pada tahun lalu.

SONY DSC

Honda Malaysia akan memberi fokus kepada tiga aspek utama iaitu pengenalan model-model baharu yang bernilai pada wang pada harga kompetitif, peningkatan kapasiti produksi dan pengembangan rangkaian pengedar bagi menyokong pertumbuhan perniagaannya di Malaysia.

Sepanjang tahun lalu, Honda Malaysia telah berusaha keras menerusi pelbagai projek untuk meningkatkan aspek lokalisasi, menambah kecekapan produksi, kualiti produk dan mengurangkan kos secara signifikan.

01 HMSB MD & CEO Yoichiro Ueno

“Kami telah membina asas-asas untuk mengukuhkan operasi syarikat demi meletakkan perniagaan kami ke peringkat lebih tinggi dari segi volum jualan, kewujudan dalam pasaran dan penjenamaan.

“Dengan siapnya No.2 Line di kilang kami serta model-model baharu yang penting  seperti hibrid CKD yang akan diperkenalkan pada tahun ini, kami percaya bahawa strategi kami adalah sejajar dengan situasi pasaran semasa, di mana semakin ramai orang mahukan kenderaan yang mampu milik, mesra alam dan bernilai untuk wang,” kata Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Yoichiro Ueno.

Body Repair Bays at Macinda Auto Body and Paint Centre

Bagi menyokong pertumbuhan volum jualannya, Honda Malaysia akan mengembangkan rangkaian pengedaran kepada 80 pengedar dan 14 Pusat Badan & Cat menjelang akhir tahun ini.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button