Buletin

5 MODEL BAHARU PEUGEOT UNTUK 2017 – NASIM

Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Automotif, Naza Corportion Holdings, Dato’ Samson Anand George semalam mengumumkan bahawa Nasim akan melancarkan lima model baharu Peugeot tahun depan.

Model-model yang dimaksudkan ialah model facelift 208 dan 2008. Selain model 3008, 5008 dan MPV Traveller serba baharu.

peugeot-datuk-samson-mekanika

Mengakui bahawa 2016 adalah tahun yang sukar, Nasim bagaimanapun berjaya melancarkan model sedan Peugeot 308 e-THP yang padat dengan ciri terbaik untuk segmennya.

Bukan itu sahaja, Nasim turut melabur sebanyak RM5 juta demi meningkatkan tahap kepuasan para pelanggannya. Ia melibatkan pembinaan sebuah Pusat Teknikal baharu, Pusat Badan & Cat, serta menawarkan bantuan tepi jalan selama tiga tahun tanpa sebarang caj. Semua aspek ini akan ditambah baik lagi pada tahun 2017.

peugeot-service-centre-mekanika-2

“Bagi tahun 2017, kami lebih komited untuk memberi perkhidmatan selepas jualan yang cemerlang. Kami juga berjanji untuk menawarkan rangkaian model Peugeot yang menarik kepada pengguna tempatan,” kata Samson.

Berbalik kepada model baharu tersebut, 208 dan 2008 telah saya nyatakan secara ringkas dalam pautan ini.

2017-peugeot-3008-mekanika

Peugeot 3008 2017

Dari segi luaran, 3008 telah menerima transformasi daripada sebuah crossover seperti MPV kepada crossover SUV yang bergaya. Jentera berpacuan roda hadapan itu kini lebih tinggi, selain menerima rekaan gril yang baru dan mantap.

Bakal menjadi pesaing kepada model-model seperti Honda CR-V, Mazda CX-5, Kia Sportage dan banyak lagi 3008 di pasaran luar dilengkapi dua enjin petrol dan dua enjin diesel. Namun, masih belum dapat dipastikan enjin mana yang akan dipilih oleh Nasim untuk pasaran tempatan.

2017-peugeot-5008-mekanika

Peugeot 5008 2017

MPV ini telah bertukar menjadi sebuah SUV tujuh tempat duduk. Inspirasi rekaannya dikatakan diambil daripada 3008. Walaupun memiliki gayaan yang hampir sama, 5008 pastinya lebih besar. Biarpun begitu, 5008 berkongsi pilihan enjin yang ada pada 3008.

Pada ruang kabin, 5008 menggunakan rekaan papan pemuka i-Cockpit yang telah dinaik taraf. Jadi, ia dipasang dengan kluster instrumen bersaiz 12.3 inci yang dipadankan bersama skrin sentuh lapan inci di bahagian tengahnya.

peugeot-traveller-mpv-mekanika

Peugeot MPV Traveller

MPV ini akan menjadi model paling besar yang pernah ditawarkan oleh Peugeot di pasaran Malaysia. Model yang dijangka hadir dalam bentuk CKD ini menyediakan  konfigurasi sehingga sembilan tempat duduk.

Buat masa sekarang, Traveller hanya dikuasakan oleh lima pilihan enjin diesel, sama ada bersesaran 1.6 atau 2.0 liter BlueHDi. Tidak mengejutkan jika Nasim menawarkan enjin diesel, kerana sebelum ini beberapa model pernah dijana oleh rangkaian kuasa tersebut.

Nampaknya 2017 akan menjadi tahun yang sibuk untuk Nasim. Semoga dengan rangkaian model yang komprehensif ini, pengguna akan mula memilih Peugeot untuk kenderaan baharu mereka.

Google ads
Back to top button