Buletin

5 PERKARA ANDA PERLU TAHU TENTANG VW GOLF FACELIFT

Golf merupakan salah satu karya dari Volkswagen yang telah memikat hati pengguna dari seluruh dunia. Bukan sekadar rekaan yang ditampilkan, malah mekanikal di bawah hudnya juga cukup menggoyangkan jiwa kita semua. 

Model hatchback paling sukses dalam sejarah Volkswagen Group itu bakal menerima pembaharuan tahun hadapan. Fokus utama yang ditumpukan pada Golf 2017 ialah enjin baharu, rekaan dan sistem bantuan pemandu serta sistem infotainmen generasi baru sepenuhnya.

volkswagen-golf-facelift-2017-mekanika-3

Ini 5 perkara perlu anda tahu tentang Golf 2017:

1)  Enjin

Volkswagen melakukan kemaskini pada enjin EA211 TSI dan pengecas turbo  pancitan bahan api baharu untuk Golf.

Tawaran enjin pertama ialah 1.5 TSI Evo, 4-silinder, pengecas turbo bersama Active Cylinder Management (ACT) dan teknologi pancitan langsung common-rail. Enjin TSI baharu itu mampu menghasilkan kuasa 150PS dan tork maksimum 250Nm pada 1, 500rpm.

Sementara enjin 1.5 TSI Evo dengan BlueMotion pula menjana kuasa 130PS dan tork 200Nm pada 1,400rpm. Menariknya enjin tersebut dilengkapi dengan fungsi lanjutan coasting (extended coasting function) saat enjin dinyahaktifkan.

VW HENTIKAN PENGELUARAN GOLF KERANA TERLEBIH STOK

VW PASSAT B8 BARU BAKAL DILANCARKAN 16 NOVEMBER

VW LANCAR POLO GT SEDAN DI RUSSIA

4 FAKTA YANG PATUT ANDA TAHU TENTANG VW VENTO

volkswagen-golf-facelift-2017-mekanika-2

Ketika pemandu melepaskan pedal minyak, enjin akan terus mati.  Situasi itu biasanya hanya berlaku pada kenderaan hibrid. Ciri berkenaan didatangkan standard. Dengan fungsi berkenaan Golf dapat menjimatkan bahan api sehingga 1.0l/100km (bergantung kepada gaya pemanduan).

Sementara itu, model lebih berkuasa Golf GTI turut menerima kemas kini. Enjin GTI 2017 itu lebih berkuasa dengan tambahan kuasa 10PS (230PS). Ini menjadikan kuasa versi standard setara dengan versi Performance sebelumnya. Manakala kuasa  Golf GTI Performance  meningkat kepada 245 PS. Volkswagen juga membangunkan transmisi DSG 7-kelajuan dual klac menggantikan kotak gear DSG 6-kelajuan untuk varian GTI.

volkswagen-golf-facelift-2017-mekanika-4

2) Rekaan

Penampilan model ikonik itu lebih segar. Jalur krom pada gril radiator yang ditarik sehingga ke lampu nyalaan siang LED menyerlahkan pandangan hadapan Golf (warna merah pada GTI dan biru bagi model  GTE).

Lampu hadapan LED (menggantikan lampu Bi-Xenon) mungkin didatangkan standard atau pilihan tambahan yang bergantung kepada varian. Corong penyejukkan udara di bahagian bawah bampar juga direka semula dan kelihatan lebih lebar.

Radar sensor Adaptive Cruise Control ACC dan Front Assist kini disembunyikan di belakang logo VW di hadapan. Manakala Lampu belakang didatangkan dengan ciri LED sepenuhnya.

volkswagen-golf-facelift-2017-mekanika-5

Versi  GT yang lebih sporty dibezakan menerusi pilihan warna sesuai dengan karakternya yang garang. Bahagian belakang Golf GTI bukan sahaja didatangkan dengan bampar baharu dan lampu LED sepenuhnya, malah paip ekzos dengan kemasan krom itu bersaiz lebih besar.

Di bahagian kabin, ia menerima kemasan baru panel pada pintu, papan pemuka, konsol tengah serta balutan tempat duduknya.

volkswagen-golf-facelift-2017-mekanika-6

3) Infotainmen 

Golf kini didatangkan dengan Active Info Display bersaiz 12.3 inci berwarna yang menawarkan fungsi interaktif. Paparan navigasi boleh dipilih dalam bentuk 2D atau 3D. Terdapat lima paparan profil maklumat  yang boleh dipilih oleh pemandu: Classic, Consumption & Range, Efficiency, Performance & Driver Assistance dan Navigation.

Sistem  infotainmen digantikan dengan sistem MIB generasi baru. Volkswagen menawarkan skrin sentuh dengan rekaan baharu dan lebih besar.

Bagi varian tertinggi akan menerima sistem Discover Pro. Ia merupakan sistem hiburan pertama Volkswagen yang menawarkan operasi arahan suara dengan kawalan gerakan. Ciri tersebut juga akan diguna pakai oleh model lain pada tahun depan. Turut tersedia ialah sambungan DVD, USB, kad SD,  AUX-IN dan pemacu 10 GB SSD.

Selain itu, aplikasi Media Control menawarkan paparan muka (interface) infotainmen bagi tablet dan telefon pintar.

volkswagen-golf-facelift-2017-mekanika-9

4) Volkswagen Car-Net

Ini merupakan kali pertama Volkswagen menawarkan pakej Security & Service pada Golf. Ia merangkumi servis Automatic Accident Notification, Breakdown Call dan Service Scheduling.

Pakej itu juga menawarkan fungsi pemantauan secara dalam talian bagi bahagian Doors & Lights  serta informasi Posisi Parkir (menerusi telefon pintar atau portal web).

Ciri keselamatan ditingkatkan dengan adanya Area Alert. Sistem ini akan memaklumkan pemilik secara automatik sekiranya Golf meninggalkan kawasan tertentu. Manakala  Speed Alert akan diaktifkan sebaik pemilik memandu melebihi kelajuan ditetapkan.

Satu lagi ciri paling berguna ialah  Online Anti-Theft Alarm. Notifikasi akan dihantar menerusi aplikasi Volkswagen Car-Net pada telefon pintar atau  email sekiranya berlaku cubaan pecah masuk.

volkswagen-golf-facelift-2017-mekanika-10

5) Sistem Bantuan Pemandu

Masih mengekalkan segudang peralatan sebelumnya, versi 2017 memperluaskan lagi sistem bantuan keselamatan. Model tersebut kini didatangkan dengan Traffic Jam Assist, Pedestrian Monitoring  dengan  City Emergency Braking, Trailer Assist (yang pertama) dan Emergency Assist.

Memudahkan parkir sisi dan menegak, Volkswagen turut melengkapi Golf dengan Park Assist 3.0. Bahkan Golf juga menjadi kereta pertama menampilkan ciri PreCrash (sistem perlindungan penumpang  proaktif).

Menarik kan…

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button