7 SEBAB KENAPA ANDA PERLU MEMILIKI HONDA CITY

SHARE

Memilih sedan segmen B kini bukan lagi satu tugas yang mudah. Hampir semua pengeluar kenderaan menawarkan model masing-masing, ditambah pula ciri-ciri yang sudah menyamai model segmen C, pengguna perlu membuat pilihan bijak.

Jadi, jika anda sedang merancang atau sudah berkira-kira untuk membeli sebuah sedan segmen B, saya ada cadangan sebuah sedan yang tidak wajar anda abaikan.

Untuk memudahkan pembacaan, saya senaraikan tujuh sebab kenapa Honda City baharu boleh menjadi pembelian yang sangat berbaloi.

  1. Peneraju pasaran

Sejak City generasi keempat dilancarkan pada Mac 2014, sambutan terhadap sedan ini tidak pernah berkurangan. Buktinya, kini lebih 100,000 unit City sudah terjual di Malaysia sejak Mac 2014 hingga Disember 2016.

Angka itu bukan sahaja menjadikan City sebagai peneraju pasaran sedan segmen B, malah ia membantu Honda Malaysia mengukuhkan kedudukannya selaku jenama No. 1 bukan nasional di Malaysia untuk dua tahun berturut-turut.

Honda City baharu ini telah dilancarkan secara rasmi pada 2 Mac lalu. Dalam tempoh sebulan, ia telah mencatat tempahan hampir 3,000 unit, 50 peratus lebih banyak berbanding sasaran bulanan iaitu 2,000 unit.

  1. Ruang kabin/kargo yang luas

Antara sebab utama kenapa orang Malaysia gemar membeli sedan adalah kerana ruang yang ditawarkan. Sedia maklum juga bahawa pasukan jurutera Honda memang bijak memaksimumkan ruang dalam setiap model keluarannya.

Honda City tidak terkecuali. Sedan ini menawarkan ruang kargo mencecah 536 liter, paling besar dalam kelasnya. Tambahan pula, kerusi penumpang bahagian belakang juga boleh dilipat jika anda perlukan tempat penyimpanan yang lebih besar. Memang mudah dan versatil!

  1. ASEAN NCAP 5 Bintang

Sebagai sebuah kereta keluarga, Honda tidak pernah berkompromi dengan aspek keselamatan pada setiap kenderaannya. Jadi, Honda City ini telah menerima penarafan lima bintang oleh pihak ASEAN NCAP.

Antara ciri keselamatan yang ada pada City ialah enam beg udara, Bantuan Kestabilan Kenderaan (VSA), Bantuan Mula Mendaki (HSA), Isyarat Berhenti Kecemasan (ESS), cagak tempat duduk kanak-kanak ISOFIX dan banyak lagi.

  1. Jimat minyak

Tahukah anda bahawa City juga telah diiktiraf sebagai kenderaan cekap tenaga (EEV)? Sedan ini sebenarnya mampu menawarkan penjimatan sehingga 5.7 liter petrol untuk setiap 100km perjalanan.

Honda City telah dikuasakan oleh enjin 1.5 liter i-VTEC berkuasa 120Ps dengan tork maksimum 145Nm. Enjin itu kemudian dipadankan dengan kotak gear CVT tujuh kelajuan automatik. Rangkaian kuasa itu bukan sahaja menjimatkan, malah menawarkan pemanduan yang senyap dan lancar.

  1. Harga mampu milik

Sama ada kita sedar atau tidak, Malaysia adalah pasaran yang sangat sensitif dengan harga. Sebagai sebuah sedan ‘entry level’, harga yang ditawarkan oleh Honda Malaysia adalah sangat berpatutan jika dibandingkan dengan segala ciri yang ada Honda City.

Berbanding model terdahulu, City kini hadir dengan tiga varian iaitu S, E dan V. Harganya pula bermula dari RM78,300 untuk varian S, varian E (RM84,600) dan varian V berharga RM92,000 seunit.

Semua harga itu adalah di atas jalan termasuk insurans dan GST. Honda City juga hadir bersama jaminan selama lima tahun dengan perbatuan tanpa had.

  1. Banyak ciri menarik

Bagi menjadikan City sebagai satu pembelian yang berbaloi, Honda Malaysia telah memasang pelbagai ciri yang biasanya ada pada model segmen C ke dalam City.

Sebagai contoh, City kini dilengkapi dengan Lampu Nyalaan Siang (DRL) LED, cermin sisi boleh dilipat secara automatik, sistem kemasukan pintar, butang penghidup enjin, kamera undur multi-sudut, penghawa dingin automatik, ‘paddle shifter’, kawalan jelajah (cruise Control), skrin paparan audio bersaiz 6.8 inci, rim aloi dua tona dan banyak lagi. Sudah pasti, senarai kelengkapan ini bergantung kepada varian yang anda pilih.

  1. Pilihan warna

City Baharu didatangkan dalam lima warna menarik untuk dipilih iaitu perak (Lunar Silver Metallic), merah (Dark Ruby Red Pearl), putih (Taffeta White), kelabu (Modern Steel Metallic) dan hitam (Crystal Black Pearl).

Berita baik untuk anda yang berada di Kota Kinabalu dan Kuching kerana siri jelajah Honda City akan berada di sana. Untuk warga Kota Kinabalu, siri jelajah itu akan berlangsung pada 12 hingga 14 Mei bertempat di City Mall, Concourse Area.

Siri jelajah di Kuching pula berlangsung pada 26 hingga 28 Mei. Lokasinya ialah VivaCity Mall, C Atrium. Jangan lupa singgah di sana ya! Untuk maklumat lanjut, layari Honda.com.my sekarang!

(Visited 8 times, 8 visits today)

Share this post

scroll to top