DAPATKAN KERETA SEWA GOCAR DI 100 STESEN MINYAK SHELL

SHARE

GoCar Malaysia kini menjalin kerjasama dengan Shell Malaysia dalam usaha menawarkan perkhidmatan perkongsian kereta di 100 stesen minyak Shell terpilih di Semenanjung Malaysia. 

Stesen-stesen minyak tersebut terletak di kawasan Lembah Klang, Johor Bahru dan Pulau Pinang. Terkini, stesen minyak Shell di Taman Connaught turut dipilih menjadi pusat untuk servis GoCar.

Kolaborasi itu dilihat seiring dengan komitmen kedua-dua buah syarikat untuk menawarkan menyediakan perkhidmatan lebih mudah buat pengguna di Malaysia. Jadi, anda kini boleh memilih stesen minyak Shell yang menyediakan servis GoCar.

GOCAR MALAYSIA:
• Tempahan boleh dibuat menerusi aplikasi GoCar yang perlu dimuat turun daripada App Store dan Google Play Store
• Lokasi GoCar di Stesen Shell: Lembah Klang (58); Johor Bahru (30); Pulau Pinang (12).
• Kerjasama GoCar dan Shell Malaysia bermula pada April 2017 bermula di Shell Jalan Tujuan SS18, Subang.
• Perkhidmatan ini berkembang menjadi 39 stesen minyak sehingga ghujung tahun lalu .

PROMOSI:
Bagi meraikan kerjasama ini, GoCar dan Shell menawarkan promosi eksklusif bermula 16 Oktober hingga 15 Disember di 30 stesen minyak Shell terpilih:
• 50 peratus diskaun atas tempahan GoCar
• Diskaun RM30 dengan belian minimum RM5 bagi semua item kecuali tambah nilai Touch n Go, kad prabayar dan rokok
• Beli satu tin Coca-Cola pada harga RM1.50 apabila mengambil kereta GoCar di stesen Shell

Tunggu apa lagi, jangan sia-siakan tawaran hebat ini.

Share this post

scroll to top