9 PERKARA ANDA PERLU TAHU TENTANG NISSAN SERENA 2.0L S-HYBRID 2018

SHARE

Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM), pengedar dan pemasang tunggal kenderaan NISSAN di Malaysia hari ini melancarkan NISSAN Serena 2.0L S-Hybrid serba baharu.  

Memanfaatkan popularitinya dalam kalangan keluarga, NISSAN Serena serba baharu tampil dengan reka bentuk baharu sepenuhnya dan lebih sporty. Ia juga menawarkan aspek keselesaan dan ruang yang fleksibel, ciri-ciri keselamatan termaju serta penjimatan bahan api.

MPV ini boleh didapati dalam dua gred iaitu Premium Highway Star dan Highway Star.

“Pada tahun 2013, ETCM menjadi pengeluar pertama yang memperkenalkan sebuah MPV Hybrid di Malaysia. Hari ini, Malaysia ialah negara pertama selain Jepun yang memasang NISSAN Serena S-Hybrid serba baharu.

“Sehingga kini, kami sudahpun menerima 1,300 tempahan,” kata Pengarah Jualan dan Pemasaran ETCM, Christopher Tan.  

Ini 7 perkara yang perlu anda tahu tentang NISSAN Serena S-Hybrid serba baharu:

  1. Bahasa rekaan global NISSAN

NISSAN Serena mengadaptasi bahasa rekaan global NISSAN generasi baru yang lebih dinamik dan sporty.

Ciri-ciri utama ialah Gril Hadapan V-Motion, Lampu Utama LED Dua Lapisan, Lampu Signatur LED, reka bentuk Bumbung Terapung yang menyerlahkan ruang dalaman luas serta Lampu Belakang LED yang hadir bersama reka bentuk S tersendiri. 

  1. Teknologi NISSAN Intelligent Mobility (NIM)

NISSAN Intelligent Mobility (NIM) telah ditambah untuk memberi pengalaman pemanduan yang lebih mengujakan, yakin dan terhubung. Aspek-aspek utamanya termasuklah:

  • Sistem S-Hybrid dengan motor ECO mengawal sistem Idling Stop, selain menawarkan bantuan tork tambahan ketika memulakan perjalanan. Ia juga bertindak sebagai alternator untuk memudahkan urusan pemulihan semula tenaga ketika membrek dan kenderaan diperlahankan;
  • Intelligent Around View Monitor (I-AVM) yang pertama dalam kelasnya – menggunakan empat unit kamera yang menyediakan pandangan 360° kenderaan dari atas untuk memudahkan urusan navigasi;
  • Intelligent Moving Object Detection (I-MOD) – mengesan dan memberi amaran kepada pemandu tentang objek-objek yang bergerak di sekeliling kenderaan;
  • Intelligent Driver Alertness (I-DA) – membantu memberi amaran ke atas pemanduan yang tidak fokus dan mengantuk;
  • Ketersambungan telefon pintar melalui Apple CarPlay™ dan Android Auto™. Jadi, pemandu boleh kekal fokus di atas jalan. Pada masa yang sama boleh mendapatkan arahan navigasi, menerima dan membuat panggilan, mendengar dan menjawab mesej serta memainkan muzik menggunakan arahan suara.

  1. Pemanduan dan pengendalian lebih mantap

NISSAN Serena serba baharu meenggunakan:  

  • Pelapik yang menyerap bunyi dipasang pada perumah roda untuk meningkatkan kesenyapan kabin (belakang sahaja, tidak ada pada model C26)
  • Meningkatkan nisbah rak stereng untuk pusingan lebih pantas dengan mengurangkan pusingan lock-to-lock stereng
  • Stereng bantuan kuasa elektrik boleh ubah memberikan rasa stereng yang ringan pada kelajuan rendah (ketika memarkir kenderaan) dan lebih berat apabila memecut laju
  • Cagak suspensi hadapan dan belakang lebih keras, penyerap hentak dengan diameter lebih besar bersama injap berprestasi tinggi untuk pemanduan yang lebih stabil dan selesa

  1. Rangkaian kuasa yang jimat – 14.2 km/L

MPV ini dikuasakan oleh enjin 2.0L (MR20DD) Twin CVTC (Continuously Variable-valve Timing Control) yang dipadankan dengan transmisi XTRONIC CVT (Continuously Variable Transmission) bersama ciri Adaptive Shift Control (ASC).

Output maksimum kuasanya sekarang ialah 150PS / 6,000rpm dan tork 200Nm / 4,400rpm. Penggunaan Dual Arm Tensioner (DAT) berfungsi melegakan sedikit tekanan ke atas arm belt untuk mengurangkan kehilangan kuasa dan meningkatkan penjimatan bahan api.

Penambahbaikan pada enjin membolehkannya mencatat penjimatan bahan api yang terbaik dalam kelasnya iaitu 14.2 km/L (NEDC R101). Sekali gus membolehkan NISSAN Serena serba baharu memperoleh status Kenderaan Cekap Tenaga (EEV).

  1. Pintu gelongsor sisi dan pintu belakang berkembar

Bermula dengan Pintu Gelongsor Berkembar Bebas Tangan (Hands-Free Dual Power Sliding Door) yang boleh beroperasi dengan satu pergerakan kaki yang mudah di bahagian bawah pintu untuk membuka atau menutup pintu.

Pintu Belakang Berkembar (Dual Back Door) boleh dibuka dengan mudah, walaupun di ruang parkir yang sempit.

Tempat isian minyak tanpa penutup (Capless Fuel Filler) memudahkan lagi urusan mengisi minyak dan 7 Port USB pasti dapat memenuhi keperluan mengecaj peranti setiap penumpang. 

  1. Ruang kabin mewah

Ruang dalaman NISSAN Serena yang moden dan premium itu pasti menggembirakan pemandu dan penumpang. Panel Instrumen dengan kemasan lembut hadir bersama reka bentuk yang memberikan rasa lebih terbuka. Sementara Paparan Bantuan Pemandu bersaiz 7 inci (ADAD) berwarna menyediakan pelbagai maklumat kenderaan dan pemanduan.

Stereng dibalut kulit yang rata pada bahagian bawahnya bersama butang Kawalan Jelajah, cluster tengah yang asimetri menempatkan Paparan Skrin Sentuh Audio Clarion premium bersaiz 6.75 inci dan Sistem Kawalan Suhu Automatik Dua Zon melengkapkan lagi penampilan ruang dalaman yang canggih itu.

  1. Ruang dalaman luas dan fleksibel – sehingga 13 konfigurasi

Ruang dalaman NISSAN Serena adalah yang paling besar dan paling fleksibel dalam kelasnya. MPV 7 tempat duduk itu kini hadir dengan ruang dalaman 180mm lebih panjang, selain 20mm lebih tinggi dan 65mm lebih lebar, sekali gus dapat menawarkan ruang yang luas di antara tempat duduk dan penumpang.

Tempat Duduk Sifar Graviti yang pertama dalam kelasnya mampu mengurangkan keletihan ketika mengharung perjalanan jauh kini dipasang pada kerusi baris pertama dan kedua.

Tempat duduk baris kedua jenis Kapten dengan perehat tangan dan meja khas pasti memberi lebih keselesaan dan kemewahan. Menerusi susun atur tempat duduk yang baru ini, penumpang kini mempunyai akses lebih selesa dari tempat duduk pertama hingga ke kerusi baris ketiga.

Suis pintu gelongsor kuasa (Power Sliding Door Switch) untuk membuka dan menutup pintu sebelah kiri sahaja dan ciri Step Release membolehkan tempat duduk baris kedua digerakkan ke hadapan untuk memudahkan urusan keluar masuk penumpang di baris kerusi ketiga.

NISSAN Serena mengekalkan kombinasi tempat duduk dan ruang kargo yang pelbagai seperti model terdahulu. Ia mampu menawarkan sehingga 13 konfigurasi tempat duduk yang berbeza bagi memenuhi apa jua keperluan.

  1. Rangkaian keselamatan yang komprehensif

6 Beg Udara SRS kini hadir sebagai ciri standard. Ciri-ciri keselamatan lain termasuklah Vehicle Dynamic Control (VDC), Traction Control System (TCS), Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Brake Assist (BA), Electronic Brake Force Distribution (EBD), Hill Start Assist (HSA) dan cagak tempat duduk keselamatan kanak-kanak ISOFIX pada tempat duduk baris kedua.

  1. Warna baharu yang lebih menarik

NISSAN Serena serba baharu didatangkan dengan satu warna baru, Cashmere Gold bersama tiga warna sedia ada iaitu hitam, putih dan perak.

Manakala varian Premium Highway Star pula hadir dengan rekaan warna luaran dua tona seperti badan putih dan bumbung hitam, badan perak dan bumbung hitam serta badan Cashmere Gold dan bumbung berwarna Imperial Umber.

Sebagai tambahan, Premium Highway Star dilihat lebih sofistikated melalui kombinasi tempat duduk kulit dengan pilihan warna dua tona Truffle Brown (coklat) dan Chestnut atau Hitam satu tona, panel LCD bersaiz 10 inci yang dipasang pada bumbung, alas tray Tech-on (untuk meja personal), perakam video (DVR), lampu dalaman LED, filem keselamatan V-KOOL 4Mil, rim aloi potongan berlian bersaiz 16 inci serta visor pintu.

NISSAN Serena ditawarkan pada harga RM135,500 untuk varian Premium Highway Star dan RM147,500 bagi Highway Star (harga di atas jalan tidak termasuk insurans di Semenanjung Malaysia), dengan jaminan selama lima tahun tanpa had perbatuan.

Promosi servis penyelenggaraan 3 tahun/60,000km (mana-mana tiba dahulu turut ditawarkan sebagai sebahagian daripada kempen pelancaran ini.

500 kenderaan pertama yang didaftarkan bakal menerima kotak penyejuk mudah alih Terzo oleh PIAA (bernilai RM500) secara percuma.  

GALERI

Share this post

scroll to top