Buletin

ACE THE SPACE – MASUK DALAM MPV PROTON DAN MENANG HADIAH LUMAYAN!

Sebagai menghargai pelanggan-pelanggannya, Proton telah menganjurkan pertandingan unik. Ia dinamakan Arce The Space.

Pertandingan Ace the Space merupakan satu cabaran di mana peserta menubuhkan satu kumpulan yang terdiri daripada keluarga dan sahabat handai (dari jantina yang sama), yang akan cuba memuatkan diri di dalam sebuah MPV PROTON.

Peserta perlu kreatif untuk tugasan ini dan menghantar maklumat mereka kepada Proton untuk tujuan pengesahan bagi kelayakan dari 23 Mei 2018 hingga 7 Julai 2018.

Objektif pertandingan ini adalah ntuk mewujudkan satu platform yang seronok kepada peminat Proton. Ia juga untuk membolehkan orang ramai mengetahui dengan lebih lanjut mengenai keluasan sesebuah kereta MPV Proton.

Selain itu, Ace Of Space juga bakal mencipta rekod baharu dalam “Malaysia Book of Records”

Berani untuk berhadapan dengan cabaran ini?

Pertandingan ini dibuka kepada semua rakyat Malaysia berumur dari 18 tahun sehingga 45 tahun yang sihat tubuh badan. Terdapat dua pusingan yang akan diadakan di Lokasi Pertandingan (di cawangan PROTON seluruh Malaysia bagi pusingan pertama) dan di Pusat Kecemerlangan PROTON, Subang bagi pusingan akhir.

Sesi pra-kelayakan

Sangat mudah untuk menyertai. Peserta hanya perlu memuat naik gambar kumpulan mereka di halaman Facebook beserta kapsyen, “WE ACED THE SPACE IN A PROTON MPV” dan tag @ProtonCarsOfficial di Facebook dan @ProtonCars di Instagram.

Bagi melengkapkan penyertaan, kongsikan screen shot pos anda dan emel kepada [email protected]. Sertakan juga maklumat anda (nama kumpulan, ketua kumpulan, timbalan ketua kumpulan, Lokasi Pertandingan yang dipilih).

BACA: PEMENANG BERTUAH SYM SNAP N WIN

Bagi sesi ini, setiap kumpulan dengan gambar yang kreatif akan dipilih untuk ke pusingan seterusnya. Kumpulan yang layak akan dihubungi (melalui telefon dan emel) dan akan dimaklumkan bahawa mereka akan bertanding dan dijemput ke Lokasi Pertandingan pada tarikh yang ditetapkan untuk menyertai Pertandingan ini.

PUSINGAN PERTAMA

Pertandingan ini akan berlangsung pada Sabtu dan Ahad terpilih yang akan mempertandingkan maksimum 5 kumpulan. Para peserta hendaklah memuatkan diri di dalam sebuat Proton Ertiga dalam tempoh masa 10 minit. Setiap ahli kumpulan digalakkan memakai jersi bola sepak sama ada jersi kelab, negara atau pasukan bola sepak negeri di Malaysia dan akan diberi tambahan masa 1 minit.

PUSINGAN AKHIR

Pemenang pusingan pertama di seluruh negeri akan layak ke pusingan akhir untuk cabaran yang lebih besar.

Pusingan akhir akan diadakan di Pusat Kecemerlangan PROTON, Subang Jaya, Selangor. Peserta akan diberikan masa 10 minit untuk masuk dan berhimpit ke dalam Proton Exora.

Tidak seperti pusingan pertama, kali ini para peserta diwajibkan untuk memakai jersi bola sepak dan penyertaan akan dibatalkan jika gagal untuk memakai jersi tersebut.

 

Google ads
Back to top button