Artikel PilihanBuletin

ADAKAH INI KELAHIRAN SEMULA LAGENDA NISSAN SILVIA?

Dunia sudah berubah dan perubahan dalam teknologi automotif juga telah menjadikan kehidupan hari ini semakin membosankan. Selain semuanya tentang kereta elektrik, autonomous dan hybrid nak cari kereta dengan transmisi manual pun punya lah payah.

Tahun 90-an addlah zaman emas dan alaf baru adalah penutup kepada kesemua model lagenda Jepun yang pernah dihasilkan. Era ini juga memperlihatkan berkuburnya Integra, Silvia, MRS, Celica dan RX-8. Semuanya habis.

Kemudian pada 2008, Nissan melahirkan GT-R, nampak macam ada harapan bila Toyota hasilkan semula lagenda 86 dan Nissan perbaharui 370Z.

BACA: NISSAN SIlVIA SR20DET S15

Tapi untuk waktu itu saja lah. Dalam tak sedar, GT-R yang agung itupun dah terlalu tua. Tahun depan, genap 10 tahun dalam pasaran dan seeprtimana yang kita sedar, pasaran GT-R adalah premium. Kita masih mengharap akan ada sesuatu seperti Celica, MR2 dan sudah pastinya Silvia.

Laman web Jepun Spyder7 baru-baru ini berkongsi satu imej yang dikatakan desas-desus model akan datang dari Nissan. Tiga generasi sebelum ini (S13, S14 dan S15) adalah yang paling ikonik dan sebenarnya Nissan sedar mereka hilang pasaran kereta FR (Front Engine-Rear Wheel) asas yang murah.

NISSAN SILVIA N/A

Adakah ini pengganti Silvia? Adakah akan hadir sebuah harapan pada Tokyo Motorshow bulan depan?

Menurut peminat kereta di Jepun, kemungkinan besarnya ada. Laman web Spyder telah melakar satu imej bayangan bagi generasi Silvia seterusnya yang akan dikenali dengan kod S16. Agak menarik ideanya bagi sebuah kereta yang telah hilang 15 tahun dalam pasaran.

Harap-harapnya begitulah…

 
 

 

Google ads
Back to top button