BuletinModifikasi

AKHIRNYA, GT-R TERPANTAS DI BUMI CATAT PECUTAN 6 SAAT! TAHNIAH AMS!

Mengejar rekod kelajuan terpantas di litar drag merupakan cabaran yang tak pernah berhenti. Paling menarik bila kereta seperti Nissan GT-R mula menunjukkan prestasi luar biasa dengan catatan masa tak masuk akal untuk pecutan suku batu.

Perlumbaan mengejar masa terpantas ini banyak dimonopoli oleh jentera di sebelah Amerika. AMS Performance merupakan salah satu tuner bebas yang berjaya memecahkan rekod pertama GT-R perlumbaan drag dengan catatan terpantas untuk rekod 9 saat, 8 saat dan 7 saat.

Pesaing mereka datang dari benua jauh di sebelah Timur Tengah. Ekanno Racing dari Bahrain pernah meleburkan rekod AMS dengan catatan 7.44saat dan 7.168 saat dan kemudian AMS memadamkannya dengan 7.14 saat pada November tahun lepas.

Ternyata AMS tidak mahu dikalahkan dengan mudah dan sasaran mereka sudah tentulah catat bawah 6 saat.

Tiga hari lepas bertempat di perlumbaan TX2K17, AMS sekali lagi mendongak bangga. Mereka akhirnya memecah sempadan masa dengan catatan 6.937 saat. Jadi, inilah GT-R terpantas di bumi.

BACA: INILAH GTR TERPANTAS DI BUMI

BACA: AMS LEBUH REKOD GT-R DARI BAHRAIN

 

 

 

 

Google ads
Back to top button