AKIBAT MEMANDU SELAJU 243KM/J DALAM TEROWONG, LESEN MERAKAM FILEM KREW TOP GEAR DITARIK BALIK

SHARE

Pihak berkuasa Norway dilapor telah menarik semula lesen merakam filem krew program pemotoran terkenal, Top Gear.

Tindakan itu diambil berikutan mereka didapati memandu selaju 243km/j dalam terowong Atlantic Ocean. Pada asalnya mereka diberi kebenaran untuk merakam filem pada kelajuan sehingga 140km/j dengan sebahagian terowong tersebut ditutup selama 12 minit.

Namun begitu, alat pengesan di dalam terowong berkenaan telah mengesan sebuah kereta dipandu pada kelajuan di antara 168-180km/j dan sebuah lagi dipandu selaju 243km/j.

Norway memang terkenal dengan undang-undangnya yang ketat terhadap mereka yang memandu laju. Jika didapati bersalah, mereka boleh dikenakan denda sebanyak AS$1,300 (RM5,600) dan penjara selama enam bulan. Mandi!

Top Gear menyatakan pihaknya memberi kerjasama penuh kepada pihak polis. Tidak dapat dipastikan siapa yang memandu ketika itu, sama ada Matt LeBlanc atau Chris Harris.

BACA: CLARKSON BERTEMU TSUCHIYA, APA KATANYA TENTANG DRIFT DAN SKYLINE GT-R

“Sudah menjadi prosedur biasa untuk kami menyiasat sama ada mereka benar-benar telah melanggar had laju dalam tempoh jalan itu ditutup bagi tujuan penggambaran,” kata inspektor polis Møre og Romsdal, Anne Berit Lian.

Share this post

scroll to top