AKIBAT PERMINTAAN TINGGI , PENGEDAR “MARK-UP” HARGA CIVIC TYPE-R RM100K (NAMPAK, BUKAN RXZ SAHAJA MAHAL)

SHARE

Itulah teorinya bila permintaan melebihi penawaran. Macam Yamaha RX-Z, sejak dihentikan pengeluarannya, permintaan dalam pasaran melonjak dan menaikkan harganya secara automatik. Sebuah RX-Z Catalyzer versi akhir keluaran 2008 ke atas tidak lagi dapat dibeli pada bawah RM10K.

Kapitalis akan mengambil peluang bila timbulnya permintaan tinggi. Minggu lepas, kami siarkan Ferrari Laferrari Aperta dibeli sebagai N.O.S (New Old Stock) dan dijual di Dubai pada harga RM31 Juta. Bagi sebuah kereta dengan hanya 209 unit yang dibina untuk produksi, sudah tentu ia bakal direbut oleh golongan hartawan, jutawan dan bangsawan.

BACA: CIVIC FK8R, FWD TERPANTAS DI NURBURGRING

Ini pula tentang Honda Civic Type R yang diperkenalkan di Amerika Syarikat buat pertama kalinya tahun ini. Ia adalah model pertama Type R yang boleh dibeli secara sah dan baru di Amerika (Type R sebelum ini semuanya diimport terpakai). Kereta ini telah dilancarkan dan harganya telah diumumkan. Ia bermula padaUSD34,775 atau kira-kira RM148,000.

Bagi sebuah model pacuan hadapan hatchback dengan 306 kuasa kuda, rim 19 inci, mod pemanduan dan suspensi talaan pelbagai, sudah tentu ia adalah sebuah kereta yang bernilai paling baik dalam kelasnya. Dan bila itu berlaku, permintaan bagi kereta ini melonjak tinggi padahal kereta ini belum berada di pusat pameran pun.

Menurut lawam web civicx.com forum apa yang berlaku pada hari ini adalah sangat mengejutkan. Pengedar sudah mula menerima tempahan tetapi sebahagian besar dari mereka sudah menaikkan harga jualan. Sebagai langkah informatif, ahli dari laman forum tersebut telah mengemaskini pangkalan data penjual yang mengenakan harga sesuka hati. Mereka menggalakkan ahli masing-masing mengemaskini mana-mana pengedar Honda yang menjual pada harga “luar biasa”.

Menurut mereka, harga “mark-up” bagi pengedar ini berbeza-beza. Ada yang mengenakan harga “surcaj” USD1,500 (RM6,400) malah ada yang mengenakan setinggi USD 25,000. Ya RM106,000!. Gila!

Ahli Civic X juga memberitahu mereka sudah mula memanjangkan aduan tersebut kepada pengacara rancangan automotif- The Smoking Tire host, Matt Farah. Namun memandangkan urusan jualbeli belum berlaku, mereka tidak dapat berbuat apa-apa.

Dari satu sudut lain, ia perkembangan yang menakjubkan pada sebuah model sports Jepun. Ia lazimnya tidak dipedulikan oleh warga Amerika tetapi Type R 2017 ini benar-benar menimbulkan fenomena!
GALERI
(Visited 4,108 times, 4,108 visits today)

Share this post

scroll to top