AKIBAT TERLUPA, SEBUAH BMW DIJUMPAI SEMULA SELEPAS 6 BULAN – KENA PULA CAJ PARKIR RM27,300!

SHARE

Selepas meminjam sebuah BMW dari rakan untuk pergi ke Manchester, England dari Scotland untuk menonton konsert Stone Roses pada Jun tahun lalu, seorang lelaki terlupa di mana dia meletakkan kereta tersebut.

Dia didakwa memarkir BMW itu di kawasan parkir bertingkat Stadium Etihad, Manchester. Malangnya, selepas penat menonton konsert, lelaki itu tidak ingat di mana dia meletak kenderaan tersebut, lapor ManchesterEveningNews dan carscoops.com

etihad-stadium-manchester-mekanika

Selepas mencari selama lebih lima hari, dia kemudian terpaksa mencuba cara lain.  Lelaki berkenaan telah menghubungi beberapa buah syarikat dan pihak dewan bandaraya untuk melihat sama ada keretanya dijumpai atau dialihkan ke tempat lain.

Lagi sekali, nasib tidak menyebelahinya. Kereta itu gagal dijumpai dan dilaporkan sebagai hilang atau dicuri dua bulan kemudian.

Bagaimanapun, kisah ini berubah sebelum sambutan tahun baru 2017. Sepasukan polis dilaporkan menemui sebuah BMW di lot parkir. Selepas membuat semakan, mereka menghubungi pemiliknya dan menyampaikan berita gembira itu.

Inspektor Phil Spurgeon dari pasukan GMP City Centre menulis di Twitter mengenai insiden terbabit. “Pada pukul 11.55 malam, pasukan polis telah terjumpa dengan sebuah kereta di satu kawasan parkir bertingkat yang dilaporkan hilang sejak Jun tahun lalu kerana pemandu tidak ingat di mana dia memarkirnya.

“Kami tidak dapat bayangkan apakah angka yang akan ditunjukkan oleh mesin tiket parkir untuk kereta ini – £££££££££££££££££££££££££££££,”  tambah Spurgeon lagi.

Dikatakan, pemilik BMW itu terpaksa membayar kos parkir sekitar £5,000 (RM27,300)! Matilah nak..

(Visited 57 times, 22 visits today)

Share this post

scroll to top