Buletin

AKSESORI IRONMAN 4X4 KINI BOLEH DIDAPATI DI TCEAS TERPILIH DI SELURUH NEGARA

Rustcare Sdn Bhd, pengedar eksklusif aksesori Ironman 4×4 menyatakan bahawa produk tersebut kini sudah boleh didapati di Tan Chong Ekspres Auto Servis Sdn Bhd (TCEAS).

Sebanyak 38 buah TCEAS bersedia untuk proses naik taraf suspensi. Manakala 12 pusat servis TCEAS terpilih pula menyediakan perkhidmatan naik taraf untuk Ironman “Challenger Pack” serta aksesori-aksesori lain ke atas trak pikap Navara NP300.

Ironman-4x4-TCEAS-mekanika (6)

Menjadi syarikat automotif pertama yang memperkenalkan aksesori 4×4 tersebut, pelanggan boleh memilih pakej-pakej yang ditawarkan merangkumi Kit Suspensi, Pemijak Sisi dan Rails atau Bar Tunda Perlindungan di Belakang (Rear Protection Tow Bar). Selain Challenger Pack, Challenger Pack PRO, Suspension Pack dan Suspension Pack Pro pada harga bermula RM5,000 hingga  RM19,000.

Ironman 4×4 menawarkan rangkaian kit suspensi bersepadu – pegas gegelung dan penyerap hentak – untuk meningkatkan keselesaan dan prestasi pemanduan Nissan Navara.

Ironman-4x4-TCEAS-mekanika (10)

Sempena pengenalan Pakej Aksesori Ironman 4×4, TCEAS akan memberikan tawaran pengenalan dengan diskaun ke atas semua pakej Ironman 4X4 termasuklah kos buruh dan aksesori. Selain promosi istimewa, Pakej Aksesori Ironman 4×4 kini hadir bersama Pelan Pembayaran Kredit Mudah 0% di mana-mana pusat servis TCEAS.

Pelanggan yang membeli aksesori Ironman (suspensi sahaja) layak menerima jaminan produk selama tiga tahun atau jarak perbatuan sejauh 60,000km. Manakala aksesori lain hadir dengan jaminan selama setahun.

Supagard-TCEAS-mekanika (2)

Selain pengenalan ini, TCEAS juga mengumumkan bahawa ia telah memulakan pengedaran SUPAGARD yang pertama di Malaysia. Salun kereta dengan konsep ‘bilik Kaca-Cermin dan pendingin hawa’ di pusat 4S Nissan Glenmarie itu menawarkan perlindungan bertaraf dunia serta lebih nilai kepada para pelanggan Nissan.

Sebagai tambahan, Pusat 4S Nissan Glenmarie kini menawarkan khidmat servis, pembaikan dan diagnosis ke atas semua model Infiniti melalui Hab Servis serta Lounge Pelanggan yang baru.

 Supagard-TCEAS-mekanika (1)

Model: Nissan Navara (NP300)

BARANGAN Challenger Pack PRO Challenger Pack Suspension Pack PRO Suspension Pack
Ironman Commercial Deluxe Bull bar    
Foam Cell PRO Struts Front    
Foam Cell PRO Shock Absorber Rear    
Foam Cell Struts Front    
Foam Cell Shock Absorber Rear    
Coil Spring Front (Sepasang)
Coil Spring Rear (Sepasang)
Harga Pakej
(Dengan GST)
(Malaysia Barat) RM15,521.10 RM11,368.25 RM9,312.45 RM5,159.55
(Malaysia Timur) RM16,252.05 RM11,891.55 RM9,759.50 RM5,399.00
  • Aksesori-aksesori lain boleh didapati melalui pesanan

Ironman-4x4-TCEAS-mekanika (8)

Model: Nissan Navara (D40)

ITEMS Challenger Pack PRO Challenger Pack Suspension Pack PRO Suspension Pack
Ironman Commercial Deluxe Bull bar    
Foam Cell PRO Struts Front    
Foam Cell PRO Shock Absorber Rear    
Foam Cell Struts Front    
Foam Cell Shock Absorber Rear    
Coil Spring Nissan Front (Pair)
Rear Leaf Springs D40
Harga Pakej
(Dengan GST)
(Malaysia Barat) RM17,688.75 RM14,381.60 RM10,915.20 RM7,608.00
(Malaysia Timur) RM18,530.70 RM15,058.15 RM11,444.95 RM7,972.40

 

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button