Buletin

ALAHAI COMELNYA ASTON MARTIN KOTAK SABUN INI! BOLEH LUMBA PULA TU!

Harus diakui Red Bull memang pandai melaburkan wang untuk menarik perhatian ramai. Dari sukan ekstrem sehingga permotoran, pasti ada jenama Red Bull. Ini pula pertandingan Red Bull Soapbox Race yang berlangsung pada hari Ahad ini di Istana Alexandra, London.

Perlumbaan Soapbox sebenarnya adalah acara antarabangsa di mana peserta menggunakan kenderaan miniatur yang dibuat sendiri. Tanpa enjin dan peserta perlu menuruni curam bagi mendapatkan lajak kelajuan. Ia terbuka kepada pelumba berpengalaman dan amatur untuk membina kereta kotak masing-masing.

Red Bull telah menganjurkan lebih dari 100 Perlumbaan Soapbox di seluruh dunia dan ia bermula di Brussels pada tahun 2000. Pertandingan suka-suka ini menyaksikan persaingan di antara kotak piano, jagung raksasa, kapal terbang, radio sehinggalah jambatan Golden Gate.

Tahun ini lebih istimewa dan ‘menggerunkan’ pihak lawan apabila Aston Martin turut berlumba dengan V8 Vantage GTE yang memenangi perlumbaan 24 Jam Le Mans baru-baru ini. Tapi dalam bentuk miniator lah.

Aston Martin dan Red Bull Racing mempunyai hubungan Kerjasama Inovasi jadi tidak menghairankan apabila mereka menyertai pertandingan ini.

Lagi istimewa, apabila Aston Martin sendiri pernah terlibat dalam perlumbaan dakian (hill-climb) lebih dari 104 tahun lalu. Pengalaman ini nampaknya bakal memberi kelebihan walaupun ia sekadar menggunakan kuasa graviti.

Kereta Soapbox V8 Vantage GTE direka dan dibangunkan oleh Aston Martin sendiri di pusat teknikalnya di Newport Pagnell.

Peserta dan kenderaan mereka diadili dari segi kelajuan, keterampilan dan juga kreativiti rekabentuk. Pasukan juga akan diadili berdasarkan kemahiran persembahan mereka. Untuk itu, Aston Martin Racing meletakkan pemenang Le Mans iaitu Darren Turner dan Jonny Adam untuk membantu pemandu tunggal mereka iaitu Alex Summers yang juga Jurutera Operasi Kanan Prototaip, Aston Martin.

Lagi bacaan menarik tentang Aston Martin:

ASTON MARTIN UNTUNG BUAT PERTAMA KALI DALAM 10 TAHUN – TERIMA KASIH CHINA

LELAKI INI CUBA MASUK BILIK PAMERAN ASTON MARTIN KL DAN INI LAYANAN YANG BELIAU TERIMA

Google ads
Back to top button