ALPINESTARS TEWAS KEPADA DAINESE ISU HAKCIPTA JAKET BEG UDARA

SHARE

Mahkamah Jerman telah mengeluarkan injuksi melarang Alpinestar daripada menjual jaket Airbag Tech-Air Street Airbag dan jaket beg udara Tech-Air Racing di Jerman.

Alpinestars juga perlu menarik balik apa jua yang dibekalkan sejak 1 Julai 2015, yang kebanyakannya masih berada di pusat komersial di negara itu.

Mahkamah Rayuan Jerman telah mengekalkan keputusan mereka terhadap tuntutan terhadap Alpinestar mengenai sistem Tech-Air dan D-Dainese’s D-Air.

Keputusan itu hanya berkaitan dengan aspek berkaitan “pemasangan umum poket udara udara dalam poket pakaian” tanpa membabitkan rekaan lain.

Mereka juga diwajibkan membayar ganti rugi kepada Dainese untuk semua kerugian yang dialami kerana penjualan jaket yang melanggar akta hakcipta di Jerman sejak tarikh ia diperkenalkan.

Rayuan Alpinestars bagaimanapun belum selesai sepenuhnya mengenai kesahihan paten ini, yang setakat ini hanya terpakai di Jerman.

Firma Itali sedang menunggu keputusan mahkamah sebelum mengambil tindakan selanjutnya.

ALPIENSTAR TECH-AIR

Projek Tech-Air bermula pada tahun 2001 dan telah mengalami kemajuan drastik dengan teknologi seperti “unit beg udara pertama di dunia yang menyediakan perlindungan atas badan penuh dalam rompi yang boleh dipindahmilik dengan menggunakan sistem pengurusan elektronik bebas”

Berdasarkan keputusan itu, Alpinestars mengeluarkan kenyataan semalam yang berbunyi,

“Pada 7 Februari 2019, Mahkamah Daerah Tinggi Munich mengeluarkan tuntutan penghakiman bahawa jaket Tech-Air Alpinestars melanggar hak paten EP 2 412 257 B1 yang dipegang oleh Dainese S.p.A.

“Alpinestars ingin menegaskan bahawa tindakan ini tidak pernah melibatkan teknologi teras Alpinestars Tech-Air. Tak kira sama ada masa lalu atau sekarang, kami tak pernah melanggar sebarang paten yang melibatkan pengurusan elektronik, algoritma, atau mekanisme penempatan, atau mana-mana bahagian lain yang digunakan dalam teknologi Alpinestars Tech-Air. “

“Alpinestar masih menunggu rayuan yang belum selesai mengenai kesahihan paten ini di dalam Mahkamah Persekutuan Jerman.

“Seperti yang dinyatakan secara konsisten sepanjang proses perundangan ini, Alpinestars menghormati hak harta intelektual pihak ketiga dan mengharapkan hak yang sama menghormati teknologi yang dibangunkan oleh Alpinestars sendiri.

“Produk Tech-Air yang sangat inovatif Alpinestars dihasilkan selama bertahun-tahun menerusi penyelidikan dan pembangunan kami sendiri. Ia dikendalikan oleh pasukan penyelidikan dan pembangunan utama pasukan kami.”

Share this post

scroll to top