Buletin

AMINAR: DAKWAAN ITU TIDAK BERASAS!

Bagi menjawab dakwaan seorang blogger bernama Wolf Vaupel yang menyatakan bahawa kluster meter Perodua Myvi dan Alza tidak selamat, Presiden dan Ketua Pengarah Eksekutif Perodua, Datuk Aminar Rashid Salleh sebentar tadi telah mengeluarkan satu kenyataan rasmi.  

SONY DSC

Menurut Aminar, pihaknya sentiasa memastikan keselamatan produk dan servis dengan mematuhi standard keselamatan yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Malah, Myvi generasi pertama (2005 hingga 2011) menerima piawaian Euro 4 kerana kereta itu pernah dieksport ke United Kingdom.

Dalam tulisan yang disiarkan pada 10 Mac 2015, Vaupel mendakwa kluster instrumen yang menyala sendiri pada model Myvi dan Alza adalah berbahaya. Ini kerana mengikut logik Vaupel, panel itu mengelirukan pemandu dan boleh menyebabkan pemandu menganggap lampu utama telah dinyalakan.  

perodua-statement-mekanika (1)

“Kami ingin menjelaskan, berdasarkan kepada pertanyaan yang dibuat kepada pihak berkuasa dan syarikat insurans, tidak wujud kaitan di antara kluster meter itu dengan kemalangan jalan raya pada waktu malam .

“Kluster meter seperti ini juga ada digunakan dalam jenama antarabangsa yang lain. Kami hairan kenapa ‘serangan’ Vaupel hanya ditujukan kepada Perodua?” soal Aminar.

SONY DSC

Vaupel juga mendakwa ciri tersebut menyalahi garis panduan antarabangsa, tetapi dia gagal untuk menunjukkan bukti mengenainya.

“Sebagai sebuah organisasi yang bertanggungjawab, kami mengalu-alukan pelanggan untuk berkongsi pandangan mereka. Kami juga tidak akan bertoleransi dengan mana-mana tuduhan yang tidak berasas. Justeru, kami akan mengambil langkah sewajarnya untuk melindungi hak kami,” tegas Aminar. 

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button