Buletin

AMIRUL BAWA PULANG POLO SEDAN

Pastinya, Hari Raya kali ini menjadi Aidilfitri paling manis buat Ahmad Amirul Ehsan  Alias. 

Amirul-polo-sedan-mekanika (5)

Sebabnya, daripada lebih 6,000 penyertaan, dia dipilih sebagai pemenang kempen “Safe and Stylish Balik Kampung” anjuran Volkswagen Malaysia dengan kerjasama  pereka fesyen terkenal, Melinda Looi.

Kempen yang berlangsung selama sebulan dan serentak dengan koleksi Raya 2014 Melinda Looi iaitu ‘emel by Melinda Looi’ menerima maklum balas cukup memberangsangkan daripada peminat fesyen serta automotif.

Amirul-polo-sedan-mekanika (3)

Replika kunci telah diserahkan kepada Amirul pada satu majlis penyampaian hadiah sempena pameran jenama ‘Volkswagen On Tour’ di pusat beli-belah Paradigm Mall di Kelana Jaya baru-baru ini.

Amirul yang datang dari Rawang nyata tidak dapat menyembunyikan keterujaannya. “Saya amat terkejut dan teruja apabila mendapat tahu bahawa saya  telah memenangi sebuah Volkswagen Polo Sedan baharu.

Amirul-polo-sedan-mekanika (6)

“Saya memang ingin memiliki sebuah kereta Volkswagen sejak sekian lama. Jadi, sangat mengagumkan apabila impian saya itu menjadi kenyataan pada Hari Raya ini,”  kata Amirul.

Dilancarkan di Malaysia pada tahun 2013, Polo Sedan yang dipasang tempatan menawarkan prestasi mengujakan menerusi kuasa tork terbaik dalam kelasnya iaitu 153Nm @ 3,800rpm.

Amirul-polo-sedan-mekanika (1)

Polo Sedan yang dibina dengan kejuruteraan Jerman itu turut menyediakan penjimatan bahan api mengagumkan. Menawarkan gabungan penggunaan bahan api sekitar 6.5 liter bagi setiap 100km atau 15.4km seliter. Ini menjadikannya kenderaan yang sempurna untuk pemanduan harian di kawasan urban atau luar bandar.

“Kami mengadakan satu kempen yang bertemakan gaya dan keselamatan kerana kedua-dua elemen ini selari dengan jenama Volkswagen. Kami benar-benar gembira kerana dapat berkongsi keseronokan memiliki dan memandu sebuah kenderaan Volkswagen dengan Amirul sempena sambutan musim perayaan kali ini,” kata Pengarah Pemasaran dan Komunikasi Volkswagen Malaysia, Petra Schreiber.

Amirul-polo-sedan-mekanika (2)

Polo Sedan dilengkapi ciri keselamatan yang impresif termasuklah dua beg udara di hadapan dan sisi, Intelligent Crash Response System (ICRS), sistem brek anti-kunci (ABS) dengan Brake Assist (BA), tingkap keselamatan pada keempat-empat pintu, tali pinggang keledar tiga poin standard untuk semua penumpang,  cagak tempat duduk kanak-kanak (ISOFIX) dan sistem penggera anti kecurian demi keselamatan maksimum sepanjang masa.

Untuk maklumat lanjut mengenai Volkswagen Polo Sedan atau ingin menikmati pengalaman memandu uji Polo Sedan, sila kunjungi pengedar sah Volkswagen berhampiran anda atau layari laman web: www.volkswagen.com.my

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button