Artikel PilihanBuletin

ANAK MUDA INI PANDU 6100KM DARI HONG KONG KE JOHOR UNTUK SERTAI PAMERAN RETRO HAVOC

Apakah motivasi yang buatkan anda sanggup memandu merentasi empat negara sejauh 6,000 kilometer dengan kereta biasa? Duit? Makan? Kereta sedap? Dapat sponsor mewah?

Tidak. Bagi sekumpulan anak muda ini, ia adalah tentang “jiwa” seorang peminat kereta. Ia mudah, “hanya pandu sahaja” kata mereka.

Kisahnya bermula setahun yang lalu. Beberapa orang anak muda dari Hong Kong telah datang ke Malaysia untuk menyaksikan pameran kereta lama yang dikenali Retro Havoc. Mereka terbang dari Hong Kong untuk melihat dari dekat budaya kereta lama di Malaysia dan ternyata ia cukup menarik.

Bagi sebuah negara sekecil Hong Kong, melihat kereta-kereta lama direstorasi dan pameran yang banyak kereta klasik khususnya dari Jepun di Malaysia adalah satu pemandangan yang luar biasa.

Mereka sedar bahawa peserta dan pengunjung Retro Havoc bukan sahaja peserta tempatan. Mereka memandu dari segenap pelusuk negeri dan ada yang datang sejauh Thailand apatah lagi Singapura.

Menyedari kedudukan Malaysia sebagai penghujung benua Asia, ia mencetuskan idea dan apa yang bermula sebagai gurauan kawan-kawan mula menjadi perbincangan yang serius.

“Mari kita memandu dari Hong Kong ke Malaysia”

Dan bermulalah perancangan untuk memandu kereta masing-masing dari Hong Kong merentasi China, Laos dan Thailand untuk acara Retro Havoc 2017 yang akan diadakan di Stadium Muar Johor. Program mula di susun dan kami sempat menghubungi wakil konvoi saudara Herbert.

Menurut Herbert, mereka akan melalui sempadan China, Laos, Thailand dan seterusnya Malaysia. Ketika artikel ini ditulis, mereka sudah mula melepasi sempadan China dan memasuki negara Laos.

Konvoi ini melibatkan 5 buah kereta yang terdiri daripada lima buah kereta Subaru Impreza termasuk sebuah model wagon. Ia adalah kereta persendirian yang memang merupakan kereta pemanduan harian mereka di Hong Kong.

Sejumlah 12 orang peserta termasuk krew yang terlibat dalam perjalanan yang melibatkan laluan sepanjang 6,100 kilometer. Menariknya juga, bukan semua jalan ini bertar, sesetengah laluan ini terpaksa melalui jalan kampung dan juga bukit bukau.

Pergerakan dari Hong Kong merentasi sempadan China bermula dengan melalui daerah Nanning. Ia mengambil masa sehari suntuk sebelum mereka melepasi daerah Detian pada hari kedua dan kemudiannya meneruskan perjalanan ke daerah Yunnan pada hari ketiga.

Pada hari keempat, konvoi ini tiba di sempadan China di daerah Mohan. Semuanya berjalan lancar dengan urusan keluar sempadan China sebelum memasuki Laos. Mereka selamat memasuki Laos menjelang tengahari hari kelima dan mengambil keputusan berhenti rehat sehari di Laos.

“Ada beberapa maklumat salah yang kami terima. Sewaktu mengkaji laluan ini, kami terbaca tentang seseorang memandu Land Rover dengan nombor pendaftaran Hong Kong di Malaysia, sama juga dengan sebuah kereta Hong Kong yang dipandu di Bangkok, rupa-rupanya kereta ni dihantar dengan kapal, bukan dipandu,” ujar Herbert.

“Bagaimanapun, ia tak melemahkan semangat kami,” tambah beliau lagi.

Besok, mereka akan bergerak semula dalam laluan seterusnya ialah menuju Thailand.

Kami di mekanika berdoa agar mereka selamat sampai dan harapnya dapat kami bertemu dan menemuramah mereka nanti!

Anda boleh lihat perkembangan perjalanan mereka dlilaman facebook mereka di sini.

BACA: LELAKI INI NAIK HONDA CUB DARI KOREA KE NURBURGRING

BACA: KONVOI 2700KM VOLKSWAGEN KLASIK KE JERMAN!

 

Google ads
Back to top button