Buletin

ANDA SUDAH BOLEH TEMPAH TOYOTA CAMRY & COROLLA ALTIS FACELIFT SEKARANG

UMW Toyota Motor (UMWT) mengumumkan bahawa tempahan untuk Toyota Camry dan Toyota Corolla Altis sudah dibuka mulai hari ini.

Kedua-dua model itu juga hadir dengan rangkaian aksesori lebih luas yang boleh dipilih ketika membuat pembelian.

Bagi Camry, penambahbaikan termasuklah kemasan kayu karbon bersama jahitan berwarna coklat pada papan pemuka untuk semua varian. Camry 2.5HV Luxury ditawarkan dengan tempat duduk kulit Kogane bersama pilihan aksesori seperti port mengecas USB dan cermin sisi boleh lipat automatik.

Sementara Panoramic View Monitor (PVM) ada disediakan untuk beberapa varian terpilih. 

Corolla Altis juga boleh ditempah dengan aksesori tambahan. Antaranya, dua port mengecas USB, cermin sisi boleh lipat automatik (varian Corolla Altis 1.8E sahaja) serta plat pemijak sisi beriluminasi pada pintu hadapan dan belakang untuk semua varian.

Anda boleh mendapatkan perakam video digital (DVR) yang memang berguna terutama jika terlibat dalam kemalangan atau sebagainya. Panoramic View Monitor (PVM) menawarkan pandangan 360 darjah yang memudahkan lagi urusan memarkir kenderaan dengan selamat.

Lebih menarik lagi, harga Camry dan Corolla Altis tidak berubah. Harga Camry bermula RM148,600 dan Corolla Altis pula daripada RM117,400 seunit (di atas jalan tidak termasuk insurans).

Sama seperti semua model Toyota, Camry dan Corolla Altis didatangkan dengan jaminan selama lima tahun tanpa had perbatuan. Untuk Camry Hybrid, jaminan pek bateri adalah selama lapan tahun.

Maklumat lanjut, sila layari laman web:  toyota.com.my atau hubungi talian: 1800-8-TOYOTA (869682).

Google ads
Back to top button